love live

love live

Selasa, 8 Januari 2013

Renovation# pasang jubin lantai & table top


{Lama bebenor rasenye menunggu..}


Begini kisahnya.. 
Macam biasa la kami check perkembangan renovation pada hari sabtu & ahad. Tak banyak yang berubah. Masih pasang tile. Sama macam minggu lepas. Kenapa la lambat sangat. 
Mesti sebab ada projek lain yang  diorang tengah buat jugak ni kan? Jadi, masa keje tak sepenuhnya ngadap rumah kami ni je. Kena ngadap rumah orang lain jugak. 
Sabarlah hati..=).
   
 Hari sabtu tu, lepas Mr Hubby balik keje kami ke rumah di Bandar Saujana Putra. 
Kereta penuh ngan kotak-kotak berisi baju-baju dan beberapa barang yang boleh diangkut. 
Sampai-sampai kat rumah tu,
terus la kami tinjau + perhati + snap gambar hasil kerja mereka. 
Silalah menjamu mata...

:: Tingkap dapur dah pasang ::
:: Jubin lantai belum pasang habis lagi.
Erm.Fattah duk kat situ je k.. Jangan merayap ::
:: Table top dah buat. ::
:: Ok tak warna jubin yang kami pilih? ::
:: Pemasangan kemas. (Puas hati konon) ::
:: Saiz table top 6 x 10 kaki ::
:: Sinki belum pasang lagi ::
:: B tengah bersusah payah angkat barang-barang sementara I bersenang-lenang amik gambar. hehe ::
:: Tengah-tengah letak kipas ::
Hari ni tak jumpa bos ek.. takpe..,takpe. 
Ha..,jadi esoknye kami datang lagi. Bawak lagi bersama kotak-kotak berisi barang-barang kami. Nampaknya kami bertuah sebab dapat jugak tengok pekerja yang tengah pasang tile tu. 
Kali ni tengah pasang tile untuk table top. Ada 2 orang yang membuatnya. 
Bos takde plak. Mujur tak lama kami tunggu akhirnya dia muncul gak.

:: Tengok gambar dulu.. ::


Sambung cerita...
Bila kami jumpa bos,kami pun sembang la ngan dia apa yang patut. 
Kami bagitau, kami nak pindah 24 jan bersamaan hari khamis(time cuti Maulidurrasul). 
Bermakna anda ada 2 minggu je lagi masa untuk siapkan semuanya. 
Dia kata, takut tak dapat nak siapkan semua. Mungkin ada sikit-sikit yang nak di touch up. 
Dengan lemah lembutnya,kami kata, 
"Pastikan boleh.." 
Jadi dia pun terpaksa la bolehkan. 

Tengok jelah nanti.
   
    

6 ulasan:

  1. as salam ...
    boleh pm contact contractor yg renovate rumah puan...
    lagendakota@gmail.com

    BalasPadam
  2. Oke...cun tiles dinding dapur tu....kitorang mebi tak tukar kot...tiles putih biasa jerrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok la tu.. nk tukar pun pakai duit kan. ktorg pun tgh kumpul2 nk buat kabinet dapur lak.

      Padam

silakan... =)