Hari keluarga yang kami join ni adalah anjuran kelab sukan tempat keje suami,Shin-etsu Polymer. Percutian 2 hari 1 malam di Tiara Beach Resort,Port Dickson.
Kami cadang nak ke pantai dulu sebelum check-in. Tapi disebabkan ramai orang,takdelah nak pegi pantai. Gerak secara konvoi dalam 6/7 kereta kami singgah makan di R n R.
Makanan bawak dari rumah masing-masing. Sampai-sampai PD terus check-in. Perut saya pulak masuk angin sebab pagi makan lambat.
Lemah sungguh!
Tapi mujur tak teruk sangat sebab masih boleh join anak-anak mandi kolam yang ada dalam resort tu. Itu pun lepas minum air suam dan sapu minyak kat perut.
Moralnya,makan ikut time dan sentiasa bawak minyak/ubat-ubat penting. hehe..
|
:: Adik da get ready nak main air kolam. Kakak pun 20 kali duk tanya bila nak turun. :: |
|
:: Walaupun ade tag untuk pakai kat pergelangan tangan,tapi macam takde fungsi pun sebab kawasan kolamnye terbuka takde pagar pun :: |
|
:: Dont worry..banyak tempat boleh mandi. Kawasan kolam luas. :: |
|
:: Damia sabar tunggu abah pam pelampung itik dia :: |
|
:: Pelampung aeroplane ni dah bocor la.. Dapat naik sekejap je. kena la pegang je budak kecik ni :: |
|
:: Turn abah lak jaga :: |
|
:: Adik ngantuk dan sejuk! :: |
|
:: Kak long kate, "Mama,kak long dah pandai berenang!" (pakai pelampung) :: |
|
:: Malam sesi barbeku dan cabutan bertuah. Hubby dapat blender. Ok la. Yang no.1 dapat i pad. Untung la.. :: |
|
:: Makan kat tempat parking. Pihak Resort dah reserved kan. Kami bawak tikar memasing :: |
|
:: ayam bakar. Banyak lagi makanan tapi tak de selera. Kesan sakit perut masih terasa. Tambah pulak menjaga fattah yang tak leh duk diam :: |
|
:: Bilik luas dan selesa. Takde masalah kalau bawak keluarga ramai. Kalau tak silap rm200 semalam:: |
|
:: Nak check-out dah. Adik tengah tidur. Letih sangat. :: |
|
:: Bergambar sebelum gerak :: |
|
:: Senyum :: |
|
:: Cuti sempena Hari Krismas Ambiklah gambar perhiasan pintu ni. hehe. :: |
|
:: Tiara Beach Resort :: |
|
:: Sayonara :: |
Perjalanan lebih kurang 2 jam dari PD ke Seri Kembangan.
Agak letih gak la. Anak-anak pun tido sepanjang perjalanan.
Letih main air.
Ni pengalaman kali pertama Fattah mandi kolam tapi tak takut langsung. Tak macam kakak dia masa mula-mula dedulu.
Selang 3 hari lepas balik dari PD kena balik kampung sebab
abahku yang tersayang buat makan-makan dan doa kesyukuran sikit. Hanya
anak-anaknya dan keluarga kawan-kawan abah yang dijemput.
Kawan yang
banyak membantu abah dikala diperlukan.
Makan malam di Tokyo tapi bukan kat Jepun. Kat simpang 4, Hutan Melintang, Perak.
|
:: Mengimbau kenangan. Masa sekolah dulu ada gak lepak sini ngan kengkawan. :: |
|
:: Sabar ye. Tengok je dulu :: |
|
:: Adik pun tengok je ikan yang besar tu :: |
|
:: Dari jauh, mak ngan adik saya,Ala. Juga tetamu yang dijemput. :: |
|
:: Ikan masak stim :: |
|
:: Kailan ikan masin :: |
|
:: Tom Yam :: |
|
:: Sotong Goreng Tepung, Tembikai dan Nasi Putih :: |
Sebelum start makan,tahlil dan doa selamat dibacakan.
Semoga Allah murahkan rezeki kami semua dan memberkati semua yang menolong keluarga saya. Amin..
|
::: Terima Kasih Allah =) ::: |
gambo ala xclear da..he2.
BalasPadamnice trying blog.just smartkan lg quote stp gmbar..emm..suka tgk gmbar fayha n fattah..so sweett..comell together2..><
amik pic dari jauh je.hehe. orait. akan di improvekan lg.
Padam