love live

love live

Jumaat, 25 Januari 2013

bye Seri Kembangan, hi BSP..

Syukur ke hadrat Ilahi.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 
Semalam 12 rabiulawal,khamis, adalah hari keputeraan Nabi.
Dan juga hari kami pindah masuk rumah baru.
Excited!!
Hari rabu dah amik cuti. Nak bersihkan rumah dan basuh.Memang dah bagitau dah kat kontraktor tu.."rabu kami nak bersih rumah,khamis nak pindah masuk.".
Tapi inilah dikatakan manusia merancang,tuhan menentukan. 
Brother kontraktor masih tak settle habis lagi kemas barang-barang dan masih ade dua tiga perkara yang dia tak buat lagi. Memang hati panazz..
Hari rabu tu pagi-pagi saya, suami & adik saya datang.
Tengok-tengok ada lagi muka dia. Ape ke heynye? Baru nak menyimen la..mengecat la..
Ade gak yang nak kena ni.. Kelam-kabut la dia siapkan sume. Tengah hari baru siap.
 Hai...sabarlah hati..
    
Kami buat la apa yang sempat. Sementara diorg buat keje tu, kami basuh bilik atas. Lepas tu kami balik Seri Kembangan, kemas dan angkut ke BSP (semula).
Stay sampai kul 11 malam gak la. Cuci-cuci sikit. Kesian kat anak-anak.
Balik ke Seri Kembangan, tido buat kali terakhir di Pangsapuri Jati..huhu.. Hati rasa sayu gak.
Taktau kenapa.
Mane taknye. Hampir lima tahun duk menyewa situ. Pahit,manis,masam,kelat kenangan ada.

:: Gud bye..rumah kami yang tingkat satu,langsir kuning. hehe.. ::
:: Barang-barang dah susun depan umah. Nak bawak ke bawah lak. ni sume keje orang lelaki. ::
:: ha.. dah pun sampai.. Keje orang pompuan masak kat umah baru dan tunggu barang sampai. Selamat datang.. =) ::

Setakat ni dulu.
 kisah terbaru pagi tadi..my husband eksiden.. Jatuh motor. Hujan dan jalan licin otw nak ke tempat kerja. huhu. Mujur luka je. Alhamdulillah.. Selanjutnya akan di update lagi k. Sayonara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)