love live

love live

Jumaat, 25 Januari 2013

bye Seri Kembangan, hi BSP..

Syukur ke hadrat Ilahi.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 
Semalam 12 rabiulawal,khamis, adalah hari keputeraan Nabi.
Dan juga hari kami pindah masuk rumah baru.
Excited!!
Hari rabu dah amik cuti. Nak bersihkan rumah dan basuh.Memang dah bagitau dah kat kontraktor tu.."rabu kami nak bersih rumah,khamis nak pindah masuk.".
Tapi inilah dikatakan manusia merancang,tuhan menentukan. 
Brother kontraktor masih tak settle habis lagi kemas barang-barang dan masih ade dua tiga perkara yang dia tak buat lagi. Memang hati panazz..
Hari rabu tu pagi-pagi saya, suami & adik saya datang.
Tengok-tengok ada lagi muka dia. Ape ke heynye? Baru nak menyimen la..mengecat la..
Ade gak yang nak kena ni.. Kelam-kabut la dia siapkan sume. Tengah hari baru siap.
 Hai...sabarlah hati..
    
Kami buat la apa yang sempat. Sementara diorg buat keje tu, kami basuh bilik atas. Lepas tu kami balik Seri Kembangan, kemas dan angkut ke BSP (semula).
Stay sampai kul 11 malam gak la. Cuci-cuci sikit. Kesian kat anak-anak.
Balik ke Seri Kembangan, tido buat kali terakhir di Pangsapuri Jati..huhu.. Hati rasa sayu gak.
Taktau kenapa.
Mane taknye. Hampir lima tahun duk menyewa situ. Pahit,manis,masam,kelat kenangan ada.

:: Gud bye..rumah kami yang tingkat satu,langsir kuning. hehe.. ::
:: Barang-barang dah susun depan umah. Nak bawak ke bawah lak. ni sume keje orang lelaki. ::
:: ha.. dah pun sampai.. Keje orang pompuan masak kat umah baru dan tunggu barang sampai. Selamat datang.. =) ::

Setakat ni dulu.
 kisah terbaru pagi tadi..my husband eksiden.. Jatuh motor. Hujan dan jalan licin otw nak ke tempat kerja. huhu. Mujur luka je. Alhamdulillah.. Selanjutnya akan di update lagi k. Sayonara..

Isnin, 21 Januari 2013

Renovation # pasang lampu dan kipas

Kisah kali ni ala-ala sambungan dari kisah Sunway Lagoon. Sebabnya..masa tengah jalan-jalan dalam kawasan Sunway Lagoon tu, Mr Hubby dapat call daripada kontraktor yang renovate rumah kami tu. Dia maklumkan yang dia tengah nak pasang lampu. Jadi nak tau kedudukan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan saiz tu.
    
Tengok jam dah kul 5pm. Fattah pun tak sihat. Demam. Fayha pun dah letih main air. Jom le balik... On the way nak balik Seri Kembangan, terus la singgah ke Saujana Putra. Boleh la tengok diorang pasang lampu. Memang tak sabar weii.. =)..
    
Hasil shopping kat Top 10.
:: Lampu kat tangga ::
:: Lampu dan kipas di ruang tamu. Kipas ni sama dengan kipas kat bilik tidur utama. ::
:: Zoom in.. ::
Ada lagi gambar yang tak masuk. Takyah la letak semua ye tak? Lagi pun biasa je. Cam lampu downlight ngan kipas dinding.
    
Semalam pergi tengok rumah untuk final touch up. Kebanyakannya dah siap. Ada sikit-sikit yang tak ok lagi. Tapi boleh settle dalam masa 2 hari ni. Hari rabu ni kami nak basuh lantai semua. Harap semuanya berjalan lancar. Nanti kita update lagi selepas pindah k... Assalamualaikum. =)

Jumaat, 18 Januari 2013

Hari keluarga di Sunway Lagoon

Baru je bulan lepas kami ke Port Dickson sempena hari keluarga tempat kerja suami.
 Kali ni hari keluarga opis saya pulak. Hari ahad lepas programnya. 
Orang tak ramai sangat sebab awal tahun dan pertengahan bulan lak tu.
    
Ahli kelab PDHL yang bujang cuma bayar rm30 dan yang berkeluarga rm50 je. 
Untungkan.. 
Kelab sukan siap bagi kupon makan rm20 satu kepala/per tiket. Saya dapat 3 tiket/tag jadi dapat rm60 kupon (untuk 2 orang dewasa dan sorang kanak-kanak lebih 90cm.) 
Pastu dibagi rm20 cash. 
Kiranya macam kami cuma bayar rm30 bagi sekeluarga. Huhu.. 
Saksikanlah kami di Sunway Lagoon..

:: Berkumpul dulu ::
:: Kemudian sukaneka untuk kanak-kanak. ::
:: Anak-anak staf PDHL. Muka tak sabar nak mandi kolam. ::
:: Lepas sukaneka, acara bebas. Seronoknya Fattah main air walaupun tak berapa sihat ::
:: Mr Hubby sewa pelampung rm10 je ::
:: Makan aiskrim sebelum balik ::
:: Ala-ala pantai. Tapi kami tak mandi lak kat sini. erm.. Kami lepak kat kolam yang bersimen je. ::
Sebenarnya banyak tempat dan aktiviti yang menarik selain mandi kolam kat dalam Sunway Lagoon ni. Tapi kami tak pergi pun sebab dah leka layan anak mandi kolam sampai gelap kulit berjemur. Geng-geng ofis yang lain bercerita la diorang masuk rumah hantu, 
naik motor roda 4, 
pegi zoo..
macam-macam lagilah. 
Tambah lak semua tu free. Rugi la kalau tak pegi. Tapi masa tu saya tak terasa pulak nak pegi tempat lain. Duk kat kolam tu je. Tak pelah. InsyaAllah ada rezeki masuk la lagi Sunway Lagoon.

k, adios!

Khamis, 17 Januari 2013

Mula belajar di Idealis

Hari ni genap seminggu Fayha kat tadika. 
Plan asal nak masukkan dia bulan februari tapi dah cikgu dia telefon mintak hantar sebab kawan-kawan dia dah mula belajar dan  tak nak dia ketinggalan. 
Kami yang memang serba salah ni terus la setuju hantar dia. 
Kalau ikutkan memang takde ape pun. 
Tapi kesian juga la nanti bila dia terkial-kial nak mula menulis, 
kawan-kawan dia dah siap menulis. huhu. Dah la umur 4 tahun pun tak masuk tadika lagi.
 Jadi dengan rela dan redha, kami hantar la dia.. haha..
    
Cikgu dia call tengah hari.  
Malamnya, terus le kami menuju ke Giant untuk beli beg sekolah dia..hehe.. Pastu sibuk la saya lekat nama kat setiap barang dan alat tulis dia.
    
Hari pertama sekolah, saya hantar dia ke Tadika Idealis di Bandar Saujana Putra. 
Hubby follow gak. Saje nak bagi semangat. Hantar sekejap je pun. Yang lamanya perjalanan. 
Biasa la trafik sesak nak keluar dari Seri Kembangan. 
Hari-hari seterusnya abah dia je hantar naik motor. Sekali jalanlah sebab abah dia keje kat Shah Alam. 
Cuma time habis kelas 11.30 tengah hari, saya kena ambil dia pastu hantar kat Taska Cahaya Hati, Seri Kembangan. 
Alasannya sebab adik dia masih disitu dan kami belum lagi pindah ke Saujana Putra. 
Lepas hantar dia, balik semula ke ofis di Bandar Baru Bangi..  
Total,sejam pergi balik.
    
Letih gak ulang alik tengah hari. Tapi bertahanlah sampai hujung bulan ni.. 
Malam layan dia punya homework lak. Haru biru gak bila dia takde semangat nak buat. 
Mama hot je nengoknye.. So,abah la yang ajar. Abah cakap dia ikut sikit. 
Cuma abah dia kadang sibuk ngadap bola..hehe.. Jangan mare,b..
    
Seronok dan teruja. 
Mr hubby kata, saya nampak excited bila anak nak sekolah. Mestilah..! Owh..lupa lak. Pihak tadika minta parents sediakan bekal sarapan pagi. So,kena la sediakan. Saya tanya dia dulu apa dia nak makan untuk pagi esok. Hari pertama ngan kedua abah dia belikan kuih. Tapi minggu ni dia nak bawak cereal ngan susu. Lagi senangkan. Fayha memang memilih sikit bab makan ni. Jom usha.. 

:: Lekat nama. Macam biasa, barang dia serba pink. Termasuklah bekas makanan ngan botol air dia. ::
:: Ready to go ::
:: Dah abis kelas. comotnye ::
:: Ni buku mesej. Tujuannya, kalau cikgu nak maklumkan parents info contohnya, esok ade exam ke dll, tulis kat buku ni dan parents kena check setiap hari untuk tengok sekiranya ada mesej daripada cikgu ::

:: Jadual cuti tahunan Tadika Idealis dan Taska Saffa ::
:: Jadual waktu untuk 5 tahun. Fayha kelas 5 smart. Cikgu Azie guru kelasnya ::

:: Baru lepas siapkan kerja rumah. Kali ni mewarna. Senang je tapi susah pada dia yang baru hari kedua sekolah masa tu. Sekarang pun masih susah sebab dia suka main-main. Mungkin sebulan dua nanti dia ok. ::
   
Setakat ni semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Harap dia cepat pandai membaca!













   

Selasa, 8 Januari 2013

Renovation# pasang jubin lantai & table top


{Lama bebenor rasenye menunggu..}


Begini kisahnya.. 
Macam biasa la kami check perkembangan renovation pada hari sabtu & ahad. Tak banyak yang berubah. Masih pasang tile. Sama macam minggu lepas. Kenapa la lambat sangat. 
Mesti sebab ada projek lain yang  diorang tengah buat jugak ni kan? Jadi, masa keje tak sepenuhnya ngadap rumah kami ni je. Kena ngadap rumah orang lain jugak. 
Sabarlah hati..=).
   
 Hari sabtu tu, lepas Mr Hubby balik keje kami ke rumah di Bandar Saujana Putra. 
Kereta penuh ngan kotak-kotak berisi baju-baju dan beberapa barang yang boleh diangkut. 
Sampai-sampai kat rumah tu,
terus la kami tinjau + perhati + snap gambar hasil kerja mereka. 
Silalah menjamu mata...

:: Tingkap dapur dah pasang ::
:: Jubin lantai belum pasang habis lagi.
Erm.Fattah duk kat situ je k.. Jangan merayap ::
:: Table top dah buat. ::
:: Ok tak warna jubin yang kami pilih? ::
:: Pemasangan kemas. (Puas hati konon) ::
:: Saiz table top 6 x 10 kaki ::
:: Sinki belum pasang lagi ::
:: B tengah bersusah payah angkat barang-barang sementara I bersenang-lenang amik gambar. hehe ::
:: Tengah-tengah letak kipas ::
Hari ni tak jumpa bos ek.. takpe..,takpe. 
Ha..,jadi esoknye kami datang lagi. Bawak lagi bersama kotak-kotak berisi barang-barang kami. Nampaknya kami bertuah sebab dapat jugak tengok pekerja yang tengah pasang tile tu. 
Kali ni tengah pasang tile untuk table top. Ada 2 orang yang membuatnya. 
Bos takde plak. Mujur tak lama kami tunggu akhirnya dia muncul gak.

:: Tengok gambar dulu.. ::


Sambung cerita...
Bila kami jumpa bos,kami pun sembang la ngan dia apa yang patut. 
Kami bagitau, kami nak pindah 24 jan bersamaan hari khamis(time cuti Maulidurrasul). 
Bermakna anda ada 2 minggu je lagi masa untuk siapkan semuanya. 
Dia kata, takut tak dapat nak siapkan semua. Mungkin ada sikit-sikit yang nak di touch up. 
Dengan lemah lembutnya,kami kata, 
"Pastikan boleh.." 
Jadi dia pun terpaksa la bolehkan. 

Tengok jelah nanti.
   
    

Selasa, 1 Januari 2013

Percutian di Port Dickson dan makan malam

Hari keluarga yang kami join ni adalah anjuran kelab sukan tempat keje suami,Shin-etsu Polymer. Percutian 2 hari 1 malam di Tiara Beach Resort,Port Dickson. 
Kami cadang nak ke pantai dulu sebelum check-in. Tapi disebabkan ramai orang,takdelah nak pegi pantai. Gerak secara konvoi dalam 6/7 kereta kami singgah makan di R n R. 
Makanan bawak dari rumah masing-masing. Sampai-sampai PD terus check-in. Perut saya pulak masuk angin sebab pagi makan lambat. 
Lemah sungguh! 
Tapi mujur tak teruk sangat sebab masih boleh join anak-anak mandi kolam yang ada dalam resort tu. Itu pun lepas minum air suam dan sapu minyak kat perut. 
Moralnya,makan ikut time dan sentiasa bawak minyak/ubat-ubat penting. hehe..

:: Adik da get ready nak main air kolam. Kakak pun 20 kali duk tanya bila nak turun. ::
:: Walaupun ade tag untuk pakai kat pergelangan tangan,tapi macam takde fungsi pun sebab kawasan kolamnye terbuka takde pagar pun ::
:: Dont worry..banyak tempat boleh mandi. Kawasan kolam luas. ::
:: Damia sabar tunggu abah pam pelampung itik dia ::
:: Pelampung aeroplane ni dah bocor la.. Dapat naik sekejap je. kena la pegang je budak kecik ni ::
:: Turn abah lak jaga ::
:: Adik ngantuk dan sejuk! ::
:: Kak long kate, "Mama,kak long dah pandai berenang!" (pakai pelampung) ::
:: Malam sesi barbeku dan cabutan bertuah. Hubby dapat blender. Ok la. Yang no.1 dapat i pad. Untung la.. ::
:: Makan kat tempat parking. Pihak Resort dah reserved kan. Kami bawak tikar memasing ::
:: ayam bakar. Banyak lagi makanan tapi tak de selera. Kesan sakit perut masih terasa. Tambah pulak menjaga fattah yang tak leh duk diam ::
:: Bilik luas dan selesa. Takde masalah kalau bawak keluarga ramai. Kalau tak silap rm200 semalam::
:: Nak check-out dah. Adik tengah tidur. Letih sangat. ::
:: Bergambar sebelum gerak ::
:: Senyum ::
:: Cuti sempena Hari Krismas Ambiklah gambar perhiasan pintu ni. hehe. ::
:: Tiara Beach Resort ::
:: Sayonara ::
Perjalanan lebih kurang 2 jam dari PD ke Seri Kembangan. 
Agak letih gak la. Anak-anak pun tido sepanjang perjalanan. 
Letih main air. 
Ni pengalaman kali pertama Fattah mandi kolam tapi tak takut langsung. Tak macam kakak dia masa mula-mula dedulu.
         
Selang 3 hari lepas balik dari PD kena balik kampung sebab abahku yang tersayang buat makan-makan dan doa kesyukuran sikit. Hanya anak-anaknya dan keluarga kawan-kawan abah yang dijemput. 
Kawan yang banyak membantu abah dikala diperlukan. 
Makan malam di Tokyo tapi bukan kat Jepun. Kat simpang 4, Hutan Melintang, Perak.

:: Mengimbau kenangan. Masa sekolah dulu ada gak lepak sini ngan kengkawan. ::
 
:: Sabar ye. Tengok je dulu ::
:: Adik pun tengok je ikan yang besar tu ::
:: Dari jauh, mak ngan adik saya,Ala. Juga tetamu yang dijemput. ::
:: Ikan masak stim ::
:: Kailan ikan masin ::

:: Tom Yam ::
:: Sotong Goreng Tepung, Tembikai dan Nasi Putih ::
      Sebelum start makan,tahlil dan doa selamat dibacakan. 
Semoga Allah murahkan rezeki kami semua dan memberkati semua yang menolong keluarga saya. Amin..

::: Terima Kasih Allah =)  :::