love live

love live

Rabu, 20 November 2013

RM20, untuk Syria

Apa perasaan saya dikala ini. Huh! sangat mengantuk. Duduk mengadap notebook..sama macam kita duduk membaca majalah atau novel. Lama-lama mata makin kuyu... Haha.

Jadi, bagi hilangkan ngantuk ni, apa kata saya share sikit maklumat daripada Pertubuhan Syria Care Malaysia. Boleh tengok kat fb +SYRIA CARE . Sekarang ni mereka tengah kumpul dana untuk didermakan kepada mangsa-mangsa perang di Syria. Memang sepanjang tahun boleh menderma. Tapi yang sekarang ni, dari tarikh 20 nov hingga 4 dis 2013, Syria Care tengah berkempen. Just derma serendah rm20 je. Apa la sangat kan bagi kita yang majoriti bergaji tetap setiap bulan,kan..kan..

Syria Care akan memulakan satu projek baru yang akan berlangsung hanya selama 2 minggu sahaja. (20 Nov-4 Dec). Program yang dinamakan RM20, Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Mereka bertujuan untuk mengutip derma sebanyak RM20 bagi menampung sebuah keluarga para syuhada di Syria.


Comel je tengok budak ni kan. Tapi saya tau dia sangat menderita. Ramai yang tengah kelaparan dan kesejukan. Tambah lak musim sejuk. Cian diorg. Dengan perang yang tak nampak kesudahan. Sedih...T_T.. Jom sama-sama bantu..
 
Ni saya copy paste dari fb +SYRIA CARE . Bolehla tengok fb nya nanti.

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:
1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900

2) No 37 A, Jalan 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
*Ustaz Rosli Mokhtar 0192773912

Jangan malu-malu.. boleh transfer duit kat akaun tu. Sokonglah kempen ni. Gaji dah nak masuk minggu depan. Semoga dapat membantu walau sikit. Ye uollzz..

Assalamualaikum.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)