love live

love live

Jumaat, 5 April 2013

keterujaan Fayha

Alkisah bermula berkenaan lawatan anak-anak Idealis ke kilang memproses roti dan ke Taman Botani, Shah Alam. 
Excited sungguh la Fayha suruh beli bekas air bertali dan topi. "Teacher suruh", katanya. 
Memang ye pun. Awal-awal lagi cikgu dia dah letak dalam buku mesej pasal jadual lawatan dan barang yang perlu dibawa.

Sehari sebelum lawatan, macam-macam pesanan penaja kami bagi pada Fayha--Nak pegi tandas bagitau cikgu. Jangan berlari ke sana ke sini sesuka hati. 
Dengar cakap cikgu..bla,bal,bla... Hehe. Risau gak. Tapi dia rilek je. 
Tak sabar-sabar nak pegi naik bas.

Esoknya, lepas balik dari tempat keje, macam biasa saya ambil anak-anak kat sekolah. 
Terus dia cerita tentang lawatan dia ke kilang roti ngan Taman Botani tu. 
Perkara pertama yang dia bagitau lepas masuk kereta ialah, "Mama,kak long tak hilang pun..". Bila abahnya balik rumah malam tu,pun dia cakap benda yang sama. =).

Dia bawak satu beg plastik penuh ngan roti. Kami pun dapat tumpang makan. 
Cuma bila dia kata, "Mama bawak air sikit. Kak long haus. Air dah habis. Teacher bagi air teacher." Lorr..nak buat macam mana. Cian dia..
Keseluruhannya, dia happy.

Beberapa hari kemudian kami sekeluarga ke Shah Alam. Nak ke Plaza Alam Sentral. Lepas bayar tol, terus Fayha cakap, jalan ni nak pegi ke Bandar Roti. Bila lalu kilang tu,dia pun tunjuk. Owhh..kuat memori dia nak cam jalan. Bagus. Bagus.

Masa program cuti sekolah bulan lepas, dia ada join kawan-kawan dia pergi tengok wayang. 
Cerita 'Bola Kampung'. Cikgu dia bawak. 
Tapi kalau nak ikut kena bayar rm30 termasuk tiket dan makan. Lepas tu ada extra rm15 untuk t-shirt dia. Adui..duit lagi. Kalau ikutkan malas nak bagi pergi. 
Tapi mengenangkan kesian. Bagi jugak la. Pengalaman pertama dia masuk panggung. 
Sebelum ni kami memang tak pernah bawak anak-anak tengok wayang sebab saya rasa suasana sejuk dan bising tu tak sesuai untuk budak. 
Bila dah 5 tahun ni, ok la. Asalkan dia seronok.

20 april ni ada sukan sekolah dia. Nak cari kasut sukan dia tapi tak tau bila.
 Tak sabar nak tengok dia bersukan. Huhu.. Chaiyo',Chaiyo'!