love live

love live

Khamis, 15 Ogos 2013

meraikan syawal 2013. 1434hijrah

Assalamualaikum... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dapat kita menyambut Ramadan dan Syawal tahun ni. 
Lebih di syukuri sebab negara kita tak seperti negara-negara islam yang tengah hot ditindas oleh musuh-musuh islam yang langsung takde sifat kasih dan sayang. MasyaAllah..
Sedih,sedih,sedih! Semua orang pun tau kesengsaraan mereka. Satu dunia pun tau. Kalau tengok kat fb +Syria care  pun cukuplah. Dapat kita tengok anak kecil berlumuran darah.. T_T... Hanya doa yang mampu saya titipkan So, saya selalu mengingatkan diri sendiri supaya dalam pada bergembira, jangan dilupa pada yang serba kekurangan.

Gambar Fayha makan biskut ni gambar lama. Masa umur Fayha 2 tahun. Tak tau la kenapa saya suka gambar ni. Rasanya sebab ada tulis "salam Aidilfitri" kat biskut tu. Biskut pun dapat free gift dari kedai kek.

Hari ni dah pun masuk hari ke 8 kita berhari raya. Tapi rumah saya masih tak berhias indah macam orang lain sebab sibuk le sangat kate orang. Poyos je kan. Haha. 
Balik je dari kampung, tetiap malam beraya rumah sedare sama-sama dengan mak dan abah mertua. Mak abah duk tolong saya jaga Fayha & Fattah. Taska tutup seminggu!


:: Beli bunga dan pasu kat kedai sebaris Ekonomi di Sungai Besar ::
Niat di hati nak hias la rumah sikit. Bunga pun masih tak digubah dalam pasu. 
Frame-frame hiasan yang banyak tersimpan masih belum digantung sejak kami pindah rumah. Melampo beno bznye pun. Haha..

Kita tengok jelah gambar suasana raya setakat 8 hari ni ye.
:: Meriah rumah mak abah di kampung ::
:: Anak-anak main bunga api sambil di awasi orang dewasa ::

:: Warna tema kami tahun ni ::

:: Fattah dah pun bertukar baju t shirt. Panas kot pakai baju melayu. Sabar je mama ::

:: Menikmati pemandangan sawah padi menghijau semasa dalam perjalanan beraya di perak ::

:: Durian gergasi. Snap masa kereta tengah bergerak. ::

:: Sambut birthday Fattah yang ke 2. Sambil beraye di rumah mak anjang di Taman Medan,Pj ::
 Itu je buat masa ni. Sambung lain kali pulak yer. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)