love live

love live

Rabu, 28 Ogos 2013

Fattah batuk..

Assalamualaikum. Fattah batuk-batuk dah 2 3 hari. Mama pulak tak bagi dia makan ubat. 
Ada bagi sekali. Madu pun ada bagi sekali je. Cian dia. Lepas ambil diorang dari taska semalam, saya dengar bunyi nafas Fattah kuat. Batuk tak teruk sangat tapi kahak banyak sampai nafas berbunyi kuat. Risau pulak terus la bawa dia pergi Klinik 1 Malaysia  +Bandar Saujana Putra.  Kebetulan ubat batuk yang ada kat rumah pun dah tinggal sikit.

Fattah ni memang susah sikit nak di check. Suruh berdiri kat penimbang tu pun dah merengek. Letak je stetoskop kat badan dia, melalak pulak. Aduii.. Terus pembantu perubatan (kot jawatan dia) suggest supaya bagi gas untuk cairkan kahak. Memang saya harap sangat pun sebab tak nak melarat. Lagi pun pakai gas tu cepat la sikit kahak tu cair.

Seperti yang dijangka, Fattah melalak macam sakit sangat masa proses tu berlangsung. MasyaAllah..dahlah dia big boy. Letih gak la mama pegang tangan n kepit kaki dia. Meronta-ronta sampai nurse tu pun kena tendang. Mujur sekali je dan tak kuat sangat. Orang awam pun takde yang menunggu masa tu. Jadi takdelah malu sangat sebab dia menangis kuat. Takut mengganggu ketenteraman jelah. Haha..

Bila dah selesai, dan mama peluk dia, terus la stop tangisan dia. Dapat ubat batuk dan kami pun balik.. (mama say thanks and sorry pada nurse yang sweet tu..)

Fattah tetap aktif dan cergas. Main macam biasa. Bangun sahur tadi lagi awal dari mama. Mama ngan abah je sahur. Nak puasa 6 le katakan. Dia main ngan kak long dia yang sama bangun awal gak.
Harap Fattah cepat sembuh!

:: mamam.. ::


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)