love live

love live

Khamis, 17 Januari 2013

Mula belajar di Idealis

Hari ni genap seminggu Fayha kat tadika. 
Plan asal nak masukkan dia bulan februari tapi dah cikgu dia telefon mintak hantar sebab kawan-kawan dia dah mula belajar dan  tak nak dia ketinggalan. 
Kami yang memang serba salah ni terus la setuju hantar dia. 
Kalau ikutkan memang takde ape pun. 
Tapi kesian juga la nanti bila dia terkial-kial nak mula menulis, 
kawan-kawan dia dah siap menulis. huhu. Dah la umur 4 tahun pun tak masuk tadika lagi.
 Jadi dengan rela dan redha, kami hantar la dia.. haha..
    
Cikgu dia call tengah hari.  
Malamnya, terus le kami menuju ke Giant untuk beli beg sekolah dia..hehe.. Pastu sibuk la saya lekat nama kat setiap barang dan alat tulis dia.
    
Hari pertama sekolah, saya hantar dia ke Tadika Idealis di Bandar Saujana Putra. 
Hubby follow gak. Saje nak bagi semangat. Hantar sekejap je pun. Yang lamanya perjalanan. 
Biasa la trafik sesak nak keluar dari Seri Kembangan. 
Hari-hari seterusnya abah dia je hantar naik motor. Sekali jalanlah sebab abah dia keje kat Shah Alam. 
Cuma time habis kelas 11.30 tengah hari, saya kena ambil dia pastu hantar kat Taska Cahaya Hati, Seri Kembangan. 
Alasannya sebab adik dia masih disitu dan kami belum lagi pindah ke Saujana Putra. 
Lepas hantar dia, balik semula ke ofis di Bandar Baru Bangi..  
Total,sejam pergi balik.
    
Letih gak ulang alik tengah hari. Tapi bertahanlah sampai hujung bulan ni.. 
Malam layan dia punya homework lak. Haru biru gak bila dia takde semangat nak buat. 
Mama hot je nengoknye.. So,abah la yang ajar. Abah cakap dia ikut sikit. 
Cuma abah dia kadang sibuk ngadap bola..hehe.. Jangan mare,b..
    
Seronok dan teruja. 
Mr hubby kata, saya nampak excited bila anak nak sekolah. Mestilah..! Owh..lupa lak. Pihak tadika minta parents sediakan bekal sarapan pagi. So,kena la sediakan. Saya tanya dia dulu apa dia nak makan untuk pagi esok. Hari pertama ngan kedua abah dia belikan kuih. Tapi minggu ni dia nak bawak cereal ngan susu. Lagi senangkan. Fayha memang memilih sikit bab makan ni. Jom usha.. 

:: Lekat nama. Macam biasa, barang dia serba pink. Termasuklah bekas makanan ngan botol air dia. ::
:: Ready to go ::
:: Dah abis kelas. comotnye ::
:: Ni buku mesej. Tujuannya, kalau cikgu nak maklumkan parents info contohnya, esok ade exam ke dll, tulis kat buku ni dan parents kena check setiap hari untuk tengok sekiranya ada mesej daripada cikgu ::

:: Jadual cuti tahunan Tadika Idealis dan Taska Saffa ::
:: Jadual waktu untuk 5 tahun. Fayha kelas 5 smart. Cikgu Azie guru kelasnya ::

:: Baru lepas siapkan kerja rumah. Kali ni mewarna. Senang je tapi susah pada dia yang baru hari kedua sekolah masa tu. Sekarang pun masih susah sebab dia suka main-main. Mungkin sebulan dua nanti dia ok. ::
   
Setakat ni semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Harap dia cepat pandai membaca!













   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)