love live

love live

Jumaat, 18 Januari 2013

Hari keluarga di Sunway Lagoon

Baru je bulan lepas kami ke Port Dickson sempena hari keluarga tempat kerja suami.
 Kali ni hari keluarga opis saya pulak. Hari ahad lepas programnya. 
Orang tak ramai sangat sebab awal tahun dan pertengahan bulan lak tu.
    
Ahli kelab PDHL yang bujang cuma bayar rm30 dan yang berkeluarga rm50 je. 
Untungkan.. 
Kelab sukan siap bagi kupon makan rm20 satu kepala/per tiket. Saya dapat 3 tiket/tag jadi dapat rm60 kupon (untuk 2 orang dewasa dan sorang kanak-kanak lebih 90cm.) 
Pastu dibagi rm20 cash. 
Kiranya macam kami cuma bayar rm30 bagi sekeluarga. Huhu.. 
Saksikanlah kami di Sunway Lagoon..

:: Berkumpul dulu ::
:: Kemudian sukaneka untuk kanak-kanak. ::
:: Anak-anak staf PDHL. Muka tak sabar nak mandi kolam. ::
:: Lepas sukaneka, acara bebas. Seronoknya Fattah main air walaupun tak berapa sihat ::
:: Mr Hubby sewa pelampung rm10 je ::
:: Makan aiskrim sebelum balik ::
:: Ala-ala pantai. Tapi kami tak mandi lak kat sini. erm.. Kami lepak kat kolam yang bersimen je. ::
Sebenarnya banyak tempat dan aktiviti yang menarik selain mandi kolam kat dalam Sunway Lagoon ni. Tapi kami tak pergi pun sebab dah leka layan anak mandi kolam sampai gelap kulit berjemur. Geng-geng ofis yang lain bercerita la diorang masuk rumah hantu, 
naik motor roda 4, 
pegi zoo..
macam-macam lagilah. 
Tambah lak semua tu free. Rugi la kalau tak pegi. Tapi masa tu saya tak terasa pulak nak pegi tempat lain. Duk kat kolam tu je. Tak pelah. InsyaAllah ada rezeki masuk la lagi Sunway Lagoon.

k, adios!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)