Assalamualaikum.
Bulan lepas baru je Fattah kena jangkitan campak. Satu badan keluar bintik-bintik merah kecik tapi bukan jenis berair tu. Bila bawak klinik, doktor kata, campak.
Sapu losyen calamine, sekejap je baiknye. Mujur dia kena hari jumaat. Jadi mama cuti sehari je. Sabtu ahad dah ok dah.
Tiba-tiba hari rabu minggu lepas, masa tengah cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (ha..penuh kau! haha),
ternampaklah bintik-bintik berair kat badan dia.
Itulah dia simptom demam ni bermula. Dipanggil juga demam pelentong @ chickenpox.
Huaa....kenalah mama cuti.
3 hari cuti start hari khamis,jumaat & isnin. Mujur gak ada sabtu ahad.
:: Bznye la dia.. :: |
Hari ni mama dah masuk keje balik. Dia pun happy je pegi taska tadi.
Duduk rumah pun letih gak sebab kerja rumah tak pernah habis. Tapi seronok gak la sebab dapat spend time lebih dengan anak-anak.
Setakat ni takde sape lagi yang kena jangkit daripada Fattah.
Sejarah silam, kakak dia pernah kena chickenpox masa umur setahun. Masa tu abah dia kena jangkit. Huhu..
Petua yang saya dapat dari beberapa orang, gunakan daun semambu untuk hilangkan rasa gatal-gatal atau merenyam cacar air tu. Tambahan masa nak kering dalam hari ke 4 atau 5 demam tu.
Yang saya buat, ramas-ramas daun tu dalam air, lepas tu buat mandi.
Mujur gak pokoknya ada dekat-dekat ofis saya.
Boleh jumpa kat tepi jalan Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi ada banyak.
Selain tu, boleh juga di blend pastu tempekkan kat chickenpox tu. Ada juga yang campurkan dengan bedak sejuk. Bolehlah try.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silakan... =)