Cuti hujung minggu lepas, cutinya sampai hari isnin. Sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ahad. Kami tak balik kampung..huhu..sedih.. Tapi takpelah. Duk rumah kemas ape yang patut.
Hari sabtu je ada makan angin ke Gemas,Negeri Sembilan. Itu pun sebab member opis suami kawin.
|
:: Selamat datang..:: |
|
:: Ini betul-betul mengalu-alukan tetamu ni. Selamat datang sekali lagi.. :: |
|
:: Pemandangan sepanjang perjalanan :: |
Perjalanan dari rumah kami lebih kurang 3 jam lebih gak la. Pergi secara konvoi dengan 3 kereta yang juga member-member opis suami. Seronok dapat tengok pemandangan tempat orang. Saya snap je dari dalam kereta.
Bertolak pukul 9 pagi, sampai sana 12.30 tengah hari. Terus makan dan tunggu pengantin bersanding. Bersandingnya pukul 2 petang. Rasa macam lama lak menunggunya. Biasa kat kampung saya di Perak nun, bersanding pukul 1 petang. sambil-sambil menunggu tu, anak-anak pun main petik-petik bunga keembong kat depan rumah jiran sebelah.
|
:: Fattah tunjuk bagitau ada miow.. :: |
|
:: Duduk lepak kat sini, Meja santapan pengantin. Makanan dihidang pada pukul 1.30 petang. :: |
|
:: Terkejut budak ni bila saya amik gambar dia. Rasa glemer kejap dia. Kawasan ni berbukit. Tempat khemah tetamu agak jauh dari tempat membasuh pinggan. Sangat praktikal idea guna kereta sorong ni. :: |
|
:: Ambil makanan :: |
|
:: Orang tak ramai. Bukan felda ramai penduduk ke? Mungkin diorng dah datang lebih awal kot. :: |
|
:: Saje amik gambo :: |
|
:: Ni dia pengantin dah sampai. Merah makngah. Member opis suami yang pengantin perempuan. :: |
|
:: Cantikkan keknya.. :: |
|
:: Suka! :: |
|
:: Persembahan kompang. Ahlinya ramai wanita. Tua dan muda :: |
|
:: Back home. Cuaca nampak mendung. Tapi tak hujan. :: |
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sampai rumah,dah masuk maghrib.
Rupa-rupanya kawan saya masa sekolah rendah ada kat palong 1. Tak tau la pulak. Baru tau semalam masa baca status fb dia..Lama dah tak jumpa. Norazizah.
Esoknya, buat projek mengemas dan menghias rumah. Gantung frame-frame. Projek tergendala banyak sangat. haha. Nanti kita crite lagi,ek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silakan... =)