love live

love live

Rabu, 18 September 2013

abAh & KetuMBuhan TuLAng

Assalamualaikum.

Berita ni saya terima daripada adik bongsu saya yang sekarang ni tengah blaja kat UPM Serdang. Dia datang ke rumah tido satu malam. Datang nak ambil barang dia je. Dekat je UPM dengan rumah saya. Sambil-sambil sembang tu, dia cite le pasal abah.

Terkejut sangat!

Ketumbuhan tulang kat tumit. Rase sakit bila memijak. Terutama bila baru mula berdiri lepas bangun tido. Bila dah berdiri lama sikit, baru ok.

Asalnya memang abah buat tak tau je. Kebetulan abah memang  buat medical check up dalam beberapa bulan sekali. Lebih kuranglah. Tak pasti sangat tempoh appointmentnye. Bila check tekanan darah, rendah. So, doktor pun tanya, "ada sakit-sakit ke?". Abah pun bagitau sakit kat tumit. Doktor pun suruh pergi hospital buat x-ray. Dari situ, doktor mengesahkan ada ketumbuhan tulang.. Maha Suci Allah yang memberi penyakit dan penyembuhan. Beristigfar.

Abah kata takde rawatan. Makan pain killer or panadol extend je. Tapi tulah. Bukan elok makan pil-pil ni. aduii..

Saya taip kat google,<ketumbuhan tulang>. Dan jumpa maklumat ni dalam wikipedia,
Ketumbuhan tumor tulang merujuk kepada pertumbuhan tisu plastik baru (“neoplastic”) pada tulang. Pertumbuhan tidak normal yang terdapat pada tulang mungkin benign (bukan barah) atau malignant (barah).
Fail:Bonetumor.jpg
:: tumor tulang lengan. imej dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tumor_tulang ::
Tak pasti pulak abah punya kategori yang mana satu. Tapi inshaAllah akan diusahakan penyembuhannya. Usaha+doa+tawakkal. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)