love live

love live

Selasa, 24 September 2013

BirtHdaY GirL 5th yrs OLd

22 sept genaplah Fayha 5 tahun. Kami raikan untuk gembirakan hati dia. Makan kat KFc. Alhamdulillah. Masa saya 5 tahun tak pernah dengar pun kfc tu. Tapi anak-anak sekarang ni Alhamdulillah dapat merasa sejak kecik. Sebab mama ngan abah yang lebih..haha. Beli kek kecik je untuk diorg. Sorang satu supaya cepat habis.

Mama sayang kak long. HapPY BiRThdaY my girL, Nur FAyha DamiA. Dengar cakap mama ngan abah tau. Blaja pandai-pandai. Harap tahun depan dah pandai membaca. huhu..

:: mkn ayam tapi tak abis pun.. ::

:: susah nak amik pic budak ni. ::

:: kek ultraman untuk Fattah.. haha ::

:: Kak Long punya kek lak angry bird ::

:: Fattah makan kek cepat-cepat sebab nak main kat playland kat dalam kfc tu gak. ::
Semalam abahnya belikan buku-buku untuk kak long. Suka betul dia. Tapi untuk Fattah takde. Cian dia. Haha..kelakar sangat tengok dia mencebik bila tak dapat nak conteng-conteng kat buku kakaknya. Takpe dik, nanti abah belikan lagi ye.

Rabu, 18 September 2013

abAh & KetuMBuhan TuLAng

Assalamualaikum.

Berita ni saya terima daripada adik bongsu saya yang sekarang ni tengah blaja kat UPM Serdang. Dia datang ke rumah tido satu malam. Datang nak ambil barang dia je. Dekat je UPM dengan rumah saya. Sambil-sambil sembang tu, dia cite le pasal abah.

Terkejut sangat!

Ketumbuhan tulang kat tumit. Rase sakit bila memijak. Terutama bila baru mula berdiri lepas bangun tido. Bila dah berdiri lama sikit, baru ok.

Asalnya memang abah buat tak tau je. Kebetulan abah memang  buat medical check up dalam beberapa bulan sekali. Lebih kuranglah. Tak pasti sangat tempoh appointmentnye. Bila check tekanan darah, rendah. So, doktor pun tanya, "ada sakit-sakit ke?". Abah pun bagitau sakit kat tumit. Doktor pun suruh pergi hospital buat x-ray. Dari situ, doktor mengesahkan ada ketumbuhan tulang.. Maha Suci Allah yang memberi penyakit dan penyembuhan. Beristigfar.

Abah kata takde rawatan. Makan pain killer or panadol extend je. Tapi tulah. Bukan elok makan pil-pil ni. aduii..

Saya taip kat google,<ketumbuhan tulang>. Dan jumpa maklumat ni dalam wikipedia,
Ketumbuhan tumor tulang merujuk kepada pertumbuhan tisu plastik baru (“neoplastic”) pada tulang. Pertumbuhan tidak normal yang terdapat pada tulang mungkin benign (bukan barah) atau malignant (barah).
Fail:Bonetumor.jpg
:: tumor tulang lengan. imej dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tumor_tulang ::
Tak pasti pulak abah punya kategori yang mana satu. Tapi inshaAllah akan diusahakan penyembuhannya. Usaha+doa+tawakkal. Amin..

Selasa, 17 September 2013

kEnduri di Felda PaloNg

Cuti hujung minggu lepas, cutinya sampai hari isnin. Sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ahad. Kami tak balik kampung..huhu..sedih.. Tapi takpelah. Duk rumah kemas ape yang patut.

Hari sabtu je ada makan angin ke Gemas,Negeri Sembilan. Itu pun sebab member opis suami kawin.
:: Selamat datang..::

:: Ini betul-betul mengalu-alukan tetamu ni. Selamat datang sekali lagi.. ::

:: Pemandangan sepanjang perjalanan ::
Perjalanan dari rumah kami lebih kurang 3 jam lebih gak la. Pergi secara konvoi dengan 3 kereta yang juga member-member opis suami. Seronok dapat tengok pemandangan tempat orang. Saya snap je dari dalam kereta.

Bertolak pukul 9 pagi, sampai sana 12.30 tengah hari. Terus makan dan tunggu pengantin bersanding. Bersandingnya pukul 2 petang. Rasa macam lama lak menunggunya. Biasa kat kampung saya di Perak nun, bersanding pukul 1 petang. sambil-sambil menunggu tu, anak-anak pun main petik-petik bunga keembong kat depan rumah jiran sebelah.

:: Fattah tunjuk bagitau ada miow.. ::

:: Duduk lepak kat sini, Meja santapan pengantin. Makanan dihidang pada pukul 1.30 petang. ::

:: Terkejut budak ni bila saya amik gambar dia. Rasa glemer kejap dia. Kawasan ni berbukit. Tempat khemah tetamu agak jauh dari tempat membasuh pinggan. Sangat praktikal idea guna kereta sorong ni. ::

:: Ambil makanan ::

:: Orang tak ramai. Bukan felda ramai penduduk ke? Mungkin diorng dah datang lebih awal kot. ::

:: Saje amik gambo ::

:: Ni dia pengantin dah sampai. Merah makngah. Member opis suami yang pengantin perempuan. ::
:: Cantikkan keknya.. ::

:: Suka! ::

:: Persembahan kompang. Ahlinya ramai wanita. Tua dan muda ::

:: Back home. Cuaca nampak mendung. Tapi tak hujan. ::



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sampai rumah,dah masuk maghrib.

Rupa-rupanya kawan saya masa sekolah rendah ada kat palong 1. Tak tau la pulak. Baru tau semalam masa baca status fb dia..Lama dah tak jumpa. Norazizah.

Esoknya, buat projek mengemas dan menghias rumah. Gantung frame-frame. Projek tergendala banyak sangat. haha. Nanti kita crite lagi,ek.