love live

love live

Isnin, 10 Jun 2013

Kitchen Cabinet : #Step 1

Salam ceria u ollz. 
Hari ni nak cite sikit pasal perkara yang kami buat masa cuti sabtu dan ahad semalam. Hari sabtu dihabiskan dengan basuh baju, tuala, cadar, sarung bantal, (banyak kali la ulang alik mesin basuh tu) dan kasut sekolah anak. 
Almaklum dah 2 minggu cuti sekolah. Sekolah nak start baru la nak basuh kasut. Tang membasuh baju memang seronok tapi nak melipat tu adui.. bertimbun-timbun.

Petangnya kami ke kedai dekat-dekat ngan rumah juga nak tanya pasal kabinet dapur. 
Excited dan berdebar gak memikirkan warna pilihan. Huhu.. Pagi ahad dia datang ukur. 
Dan malam tu juga kami bayar deposit supaya cepat cikit dia laksanakan impian kami nak dapur berwajah baru. 
Wahh..betul-betul punya excited ni.. hehe. Lagipun lama gak nak tunggu dia order barang. 2 minggu tau. Nanti kita story lagi bila dah pasang kc tu nanti.

:: Gambar contoh sahaja ::


Macam yang dah ditaip, ni cuma gambar contoh yang saya ambil daripada google imej. 
Saya pilih warna merah dan putih. Sabar menanti dan tengok je orang punya dulu. =).

Hari ni 1 Syaaban dah. Ada sebulan lagi sebelum Ramadhan. 
Ada sikit keazaman di hati untuk siapkan baju raya kami hujung bulan ni atau pun sebelum puasa sekurang-kurangnya. (Suami mesti ketawa je kalau tau azam saya ni). 
Suami lak tahun ni nak saya jahit sendiri baju melayu dia. Lama dah tak jahit baju melayu ni. Last buat baju dia 2 tahun lepas iaitu sebelum Fattah ada. Tu pun senget ckit seluarnya..huhu..  
Semoga terlaksana la apa yang diazamkan. Impian memang banyak. Tinggal nak laksanakan je. Chiyok,chaiyok Mama Mia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)