love live

love live

Khamis, 11 Julai 2013

alkisah 1 ramadhan Nur Fayha Damia

Assalamualaikum. Salam ramadhan kepada semua muslim di seluruh dunia. Alhamdulillah sudah hari kedua berpuasa. Masih ada kesempatan dan kesihatan untuk menyambut bulan penuh keberkatan dan kedamaian.

Anak saya yang 5 tahun dah faham sikit pasal bulan puasa ni. Cikgu kat sekolah pun ada ajar pasal pengertian bulan ramadhan beberapa minggu sebelum ni. Pagi semalam macam biasa buatkan sarapan untuk dia bawa ke sekolah. Kalau hari biasa, andai kata tak sempat buatkan bekal dia (selalu gak tak sempat..huhu), boleh beli je kuih-muih yang beraneka jenis. Tapi dah bulan puasa ni mana ada orang berniagakan. Buat simple-simple je pun--roti telur.

Bila hari dah petang, saya pun ambil anak-anak. Berita yang mengujakan diterima. Begini dialognya..,

Cikgu : Dia kata dia puasa hari ni, tapi tadi minum air coklat dia. Terlupa la tu.

Mama : Dia puasa?? (nada tak percaya)

Cikgu : Aa..katanya puasa.
(Pastu,cikgu bercakap dengan Fayha) Takpelah. Terlupa takpe. Boleh puasa balik.

Mama : Tengah hari memang tak sediakan makanan ke? (mama tanya kat cikgu)

Cikgu : Ada,tapi dia tak nak makan.

Mama : (Sambil berjalan ke gate nak keluar) Tahan ke kak long?

Fayha : Tahan! Kak long puasa..~~! (sambil berlari)

Wahh..bukan main lagi budak ni. Banyak pulak tenaga dia. Mama pulak dalam tak percaya tapi dalam hati ucap Alhamdulillah. Cumanya bila sampai rumah,dia dah sibuk buka peti ais, jumpa pulak lolipop. Apa lagi,makan la. Pastu suruh mama cepat-cepat masak.

Seronok gak memandangkan ni pengalaman pertama dia nak puasa. Walaupun tak penuh. Teringat masa saya masih budak tak ingat umur berapa. Masa mak tengah nak masak untuk berbuka biasanya area kul 5 petang. Saya pegi bukak peti ais nampak lak depan mata tembikai merah menyala. Toleh belakang,mak takde terus tangan ni cubit tembikai tu besar punya,masuk dalam mulut.. Tetiba mak tegur dari belakang. Haha..kantoi. Tapi mak tak marah pun. Lega.. Untuk hari kedua ni tak tau la apa kesahnya si Fayha ni. Tengah hari ni dia puasa nasi ke tak.. :)

:: Fayha n Fattah ::


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)