love live

love live

Rabu, 24 Julai 2013

Diam....~~!

Kelakarnya bila Fattah suruh orang yang tengah dril dinding supaya diam. Haha..
 Bila orang tu stop, muka Fattah gaya orang puas hati. Seolah-olah orang tu berhenti buat kerja sebab Fattah suruh diam. Padahal orang tu tak dengar pun dia menjerit.


Comel tak kak ton Fattah...~

Fayha masih nak puasa setengah hari. 
Kalau pagi dah pesan kat mama,tak nak bawa bekal breakfast ke sekolah. 
Puasa katenye. Kena la suruh dia makan cepat-cepat sebelum keluar rumah. Tapi time sekolah jelah. Sabtu ahad dia sibuk cari makanan kat dapur. Takpelah..masih boleh dimaafkan sebab kecil lagi. =)

crite rumput lagi..

Macam dah takde story lain bulan puasa ni kan..hehe. 
Kami pegi minggu terakhir sebelum bulan ramadhan. 
Tengok jelah gambo yang ade ni..

:: Teringat taman kaktus kat Cameron Highland. ::
:: Bunga-bungaan ::
:: Teringin nak tanam kat rumah. Tapi nanti-nantilah. ::
:: Pokok cili benggala ::
:: Pokok cili ::
Seronok la tengok pokok-pokok ni. Saya suka,saya suka! Kalau ikut hati, memang banyak nak dibeli dan tanam. Tapi takpelah. Sikit-sikit dulu.

:: Lot yang sama  macam yang pergi hari tu. Alasan--> tak tau le. Saje tak nak pegi tempat lain. ::



:: Selesai sudah satu lagi bahagian ::
:: Pokok bunga kertas dengan pasunya sekali dia jual rm18. Kalau dalam polibeg pun harga sama. Baik ambil yang dah ada pasu. ::
Bila dah ada pokok,kena la siram hari-hari. Risau jugak nak tinggalkan bila kita balik kampung. 
Tapi yelahkan, setakat sehari dua takde masalah. Cepatlah membesar pokok mangga. Nak rasa manis ke tak buahnya.. =)

Khamis, 11 Julai 2013

alkisah 1 ramadhan Nur Fayha Damia

Assalamualaikum. Salam ramadhan kepada semua muslim di seluruh dunia. Alhamdulillah sudah hari kedua berpuasa. Masih ada kesempatan dan kesihatan untuk menyambut bulan penuh keberkatan dan kedamaian.

Anak saya yang 5 tahun dah faham sikit pasal bulan puasa ni. Cikgu kat sekolah pun ada ajar pasal pengertian bulan ramadhan beberapa minggu sebelum ni. Pagi semalam macam biasa buatkan sarapan untuk dia bawa ke sekolah. Kalau hari biasa, andai kata tak sempat buatkan bekal dia (selalu gak tak sempat..huhu), boleh beli je kuih-muih yang beraneka jenis. Tapi dah bulan puasa ni mana ada orang berniagakan. Buat simple-simple je pun--roti telur.

Bila hari dah petang, saya pun ambil anak-anak. Berita yang mengujakan diterima. Begini dialognya..,

Cikgu : Dia kata dia puasa hari ni, tapi tadi minum air coklat dia. Terlupa la tu.

Mama : Dia puasa?? (nada tak percaya)

Cikgu : Aa..katanya puasa.
(Pastu,cikgu bercakap dengan Fayha) Takpelah. Terlupa takpe. Boleh puasa balik.

Mama : Tengah hari memang tak sediakan makanan ke? (mama tanya kat cikgu)

Cikgu : Ada,tapi dia tak nak makan.

Mama : (Sambil berjalan ke gate nak keluar) Tahan ke kak long?

Fayha : Tahan! Kak long puasa..~~! (sambil berlari)

Wahh..bukan main lagi budak ni. Banyak pulak tenaga dia. Mama pulak dalam tak percaya tapi dalam hati ucap Alhamdulillah. Cumanya bila sampai rumah,dia dah sibuk buka peti ais, jumpa pulak lolipop. Apa lagi,makan la. Pastu suruh mama cepat-cepat masak.

Seronok gak memandangkan ni pengalaman pertama dia nak puasa. Walaupun tak penuh. Teringat masa saya masih budak tak ingat umur berapa. Masa mak tengah nak masak untuk berbuka biasanya area kul 5 petang. Saya pegi bukak peti ais nampak lak depan mata tembikai merah menyala. Toleh belakang,mak takde terus tangan ni cubit tembikai tu besar punya,masuk dalam mulut.. Tetiba mak tegur dari belakang. Haha..kantoi. Tapi mak tak marah pun. Lega.. Untuk hari kedua ni tak tau la apa kesahnya si Fayha ni. Tengah hari ni dia puasa nasi ke tak.. :)

:: Fayha n Fattah ::


Selasa, 9 Julai 2013

kitchen cabinet # step 2

Assalamualaikum. Kabinet dapur dah siap dah. 
Baru je semalam dia buat last touch up. Lama gak kan. 2 minggu nak siapnye. Agak mencabar juga la bila kerja tak sudah. Tapi pe nak buat kan. Sabor je le. Sekarang ni kita nak cerita pasal perkembangan kabinet dapur semasa dalam proses.

:: Gambar sebelum. Snap dulu gambar sinki ni. ::
:: Sebelah sini lak ::
:: Sudut memasakku ::
:: Dari jauh boleh nampak tong gas  ::

Tibalah masanya mereka sampai ke rumah comel kami 
bersama kabinet yang nak dipasang. Yang saya ni pulk membayangkan sekejap je dia nak memasang. 
Dalam 2 3 jam boleh siap. Rupanya lama gak prosesnya..

:: Start pasang box kabinet ::


:: Sempat lagi dia nak promote ye. ::





Tempoh masa dia nak pasang tu je, dari pukul 11 pagi sampai ke petang.
 Itu baru dia punya box. Pintunya akan dipasang hari isnin selepas balik dari kerja dan hari-hari seterusnya selagi tak siap. Erm..makan hari la pulak.