love live

love live

Rabu, 19 Jun 2013

Deko bersama Izzati..

Assalamualaikum...
 Lanskap mini kami dah terbentuk dah.. hehe.. Memula kita cari barang dulu... 
Cari kat area Sungai Buloh. Tempat yang banyak nursery kat sepanjang jalan tu. Pilih je mana nak.

::  Menjamu mata dengan pokok-pokok yang menghijau   ::
::  Tanah ni dia jual 5 beg rm10  ::
::  Macam comel je katak hiasan ni terapung-apung  ::
::  Banyak pokok tapi malas nak jalan tengok. Lain kali jelah kalau datang lagi.  ::
::  Bestnya kalau ada benda ni kat rumah. Nyaman je rasa macam duk tepi sungai.. 








::
:: Ni satu lagi contoh. Harga rm7++. ::
::  Pokok kat bahagian luar. ::
::  Ini la yang kami beli ::
:: Walk stone satu rm6 ::

Kami beli 33 keping rumput yang berharga rm1.50 sekeping. Batu putih ambil 2 beg. 
Satu beg 2kg berharga rm12 tapi dia bagi rm10.
Ok, sekarang kita tengok pulak kawasan yang nak di deko.. Huhu..

:: Ni  SEBELUM.. ::
::  SELEPAS. tadaa ::
:: Ok la sikit kan.. ::
:: Subur menghijau ::
::  Pokok ni baru nak keluar daun. ::
:: Petak-petak ni lama-lama hilang ::

2 jam lebih jugalah saya dengan suami menyudahkan deko ni. 
Harap-harap sentiasa menghijau. Cuma yang batu-batu putih tu yang saya risau. Anak-anak saya dan bagitau awal-awal, "jangan ambik batu tu. pijak je boleh". Takut dibuang longkang je.. 
Letih mama susun tu..

Rumput tu ada lebih 8 keping. Akan datang mungkin akan tambah lagi untuk tanah belah tepi pulak. Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)