love live

love live

Selasa, 17 Disember 2013

abG FattaH kena ChiCkenpoX

Assalamualaikum. 

Bulan lepas baru je Fattah kena jangkitan campak. Satu badan keluar bintik-bintik merah kecik tapi bukan jenis berair tu. Bila bawak klinik, doktor kata, campak. 
Sapu  losyen calamine, sekejap je baiknye. Mujur dia kena hari jumaat. Jadi mama cuti sehari je. Sabtu ahad dah ok dah.

Tiba-tiba hari rabu minggu lepas, masa tengah cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (ha..penuh kau! haha),
ternampaklah bintik-bintik berair kat badan dia. 
Itulah dia simptom demam ni bermula. Dipanggil juga demam pelentong @ chickenpox.

Huaa....kenalah mama cuti. 
3 hari cuti start hari khamis,jumaat & isnin. Mujur gak ada sabtu ahad.

:: Bznye la dia.. ::
Hari ni mama dah masuk keje balik. Dia pun happy je pegi taska tadi.
Duduk rumah pun letih gak sebab kerja rumah tak pernah habis. Tapi seronok gak la sebab dapat spend time lebih dengan anak-anak.

Setakat ni takde sape lagi yang kena jangkit daripada Fattah.
Sejarah silam, kakak dia pernah kena chickenpox masa umur setahun. Masa tu abah dia kena jangkit. Huhu..

Petua yang saya dapat dari beberapa orang, gunakan daun semambu untuk hilangkan rasa gatal-gatal atau merenyam cacar air tu. Tambahan masa nak kering dalam hari ke 4 atau 5 demam tu.
Yang saya buat, ramas-ramas daun tu dalam air, lepas tu buat mandi.
Mujur gak pokoknya ada dekat-dekat ofis saya.
 Boleh jumpa kat tepi jalan Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi ada banyak.
Selain tu, boleh juga di blend pastu tempekkan kat chickenpox tu. Ada juga yang campurkan dengan bedak sejuk. Bolehlah try.

Selasa, 10 Disember 2013

sAyoNara taDika IdEAlis & Taska SAffa..

Fayha ngan Fattah dah tukar taska baru. Kat area BSP gak la. 
Taska yang lama takde masalah pun. Semua ok. Tapi sebab Fayha tukar tadika, jadi cari taska yang dekat ngan tadika jelah. Next year, belaja di Tadika Islam Nur Haziq.

Bulan 12 dah masuk taska baru sebab tadika dia ada kelas tuisyen. Bagi dia serasi belaja tempat baru. Bayaran tuisyen rm50 sebulan.

Hari last di bebudak ni kat Saffa ngan Idealis, mama buat goodie bags untuk kengkawan diorang.
Saje bagi buah tangan terakhir kat situ.
Tambah pulak cikgu di Saffa buat majlis sikit untuk Fattah.. huhu..terharu.

:: susun dulu. Nak buat lebih kurang 60 beg ::

:: Antara isi beg ::

:: dia pun nak masuk jugak... ::

:: dah siap masuk dalam kotak. senang nak angkut gi sekolah esok ::

:: keronsang ala-ala kanak-kanak riang ni nak bagi kat cikgu-cikgu diorang ::

:: beli 10 biji je. ::

:: Antara cikgu-cikgu Idealis & Saffa. Sorang je cikgu Fattah yang sempat bergambar, orangnya yang hujung tengah pegang beg Fattah. ::

:: yeyy.. dapat hadiah!! Ni Fayha punya. Tengok ucapan daripada cikgu.. ::

:: Fattah punya.. Dia suka abih dapat hadiah. ::

:: terima kasih cikgu ::

Beribu-ribu lemon terima kasih untuk mereka sebab 
dah mengasuh anak-anak saya selama lebih kurang 9 bulan. Ada masa kita jumpa lagi.. =)

Khamis, 21 November 2013

brOTher YAntZen in da houz!

Assalamualaikum.. saya bukanlah tau sangat siapa Yantzen ni. haha.. 
Saje suka-suka nak amik gambar dengan dia.

Baru je jumpa pagi tadi.
Petang semalam, dia dah datang. Tapi disebabkan kaunter pendaftaran dah tutup, dia terpaksa datang lagi. Bila dah jumpa kali kedua, ambik la peluang
bergambo..

:: me & brother Yantzen ::

Saya panggil dia encik je sebab saya memang skema bila kat kat tempat keje ni. hehe..
Bila saya kata nak bergambar dengan dia, 
dia kata, " eh,saya bukan sesapa". Merendah diri le pulak..
Saya pun berdiri jauh je kan?  Haha..

Kalau ikutkan memang dia bukan sesapa pun. Manusia biasa. Cuma dia famous sebab artis. Bukan nak dijadikan idola, ye. 

Pe pun, dia memang sempoi. Biasalah, rockers kan. 

** Kalau dia rambut pendek sikit mesti lagi smart.. hehe  ^^, **

Biodata Yantzen.. Saya ambil dari www.muzikrock.com.


YANTZEN
(Rock)
BIODATA NAMA Yantzen bin Juniwan
ASAL Singapura
LAHIR 1963
KERJAYA Penyanyi kumpulan Rusty Blade & MAY, Penyanyi solo, Penulis senikata
KELUARGA Berkahwin dengan pelakon Sharifah Norhaslinda (1994-2004) dan dikurniakan cahaya mata Muhammad Aliff Ronan (1999)
PENCAPAIAN -

ALBUM SOLO Impian (1994)
ALBUM RUSTY BLADE 786 Ikrar Perwira EP (1986)
Rintangan Hidup Dunia (1987)
Berat (1988)
Awas! (1989)
ALBUM MAY Ziet Geist (1992)
Wira Cyborg (1994)
Layar (1995)
Ideologi (1995)
Live & Unplugged at Planet '05 (2005)
LAGU SINGLE Bazooka Penaka (1994 / album Wings - Opera Dalam Kenangan Part 1)
Misteri Mimpi Syakila (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Sebak (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Meniti Suratan, versi baru (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Awang Thrasher (1999 / kompilasi Dentuman R.O.C.K)
Selendang Merdeka (1999 / kompilasi Dentuman R.O.C.K)
LAGU DUET Gerimis Mengundang, bersama Liza Hanim (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Mentari Merah Di Ufuk Timur, bersama Jatt (1999 / kompilasi Dentuman R.O.C.K)
VIDEO CD Semangat Zaman Live In Singapore - Pelbagai Artis (2005)
Live & Unplugged at Planet '05, bersama MAY (2005)
Live & Unplugged at Planet Hollywood '06, bersama Lefthanded (2006)

FILEM Penyu (1994 / pelakon utama)

Rabu, 20 November 2013

RM20, untuk Syria

Apa perasaan saya dikala ini. Huh! sangat mengantuk. Duduk mengadap notebook..sama macam kita duduk membaca majalah atau novel. Lama-lama mata makin kuyu... Haha.

Jadi, bagi hilangkan ngantuk ni, apa kata saya share sikit maklumat daripada Pertubuhan Syria Care Malaysia. Boleh tengok kat fb +SYRIA CARE . Sekarang ni mereka tengah kumpul dana untuk didermakan kepada mangsa-mangsa perang di Syria. Memang sepanjang tahun boleh menderma. Tapi yang sekarang ni, dari tarikh 20 nov hingga 4 dis 2013, Syria Care tengah berkempen. Just derma serendah rm20 je. Apa la sangat kan bagi kita yang majoriti bergaji tetap setiap bulan,kan..kan..

Syria Care akan memulakan satu projek baru yang akan berlangsung hanya selama 2 minggu sahaja. (20 Nov-4 Dec). Program yang dinamakan RM20, Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Mereka bertujuan untuk mengutip derma sebanyak RM20 bagi menampung sebuah keluarga para syuhada di Syria.


Comel je tengok budak ni kan. Tapi saya tau dia sangat menderita. Ramai yang tengah kelaparan dan kesejukan. Tambah lak musim sejuk. Cian diorg. Dengan perang yang tak nampak kesudahan. Sedih...T_T.. Jom sama-sama bantu..
 
Ni saya copy paste dari fb +SYRIA CARE . Bolehla tengok fb nya nanti.

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:
1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900

2) No 37 A, Jalan 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
*Ustaz Rosli Mokhtar 0192773912

Jangan malu-malu.. boleh transfer duit kat akaun tu. Sokonglah kempen ni. Gaji dah nak masuk minggu depan. Semoga dapat membantu walau sikit. Ye uollzz..

Assalamualaikum.
.

Selasa, 19 November 2013

haNtaraN meMInanG

Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat sudah berlangsung majlis pertunangan adik lelaki saya 2 minggu lepas.

Excited lebih sebab dah berjaya gubah hantaran. hahaha..













:: Kek Indulgence.. sedapnye.. ::

Semua sekali dari pihak lelaki ada 7 dulang. Bila semua dah kumpul, sebelum nak gerak ke rumah bakal tunangnya, sempat la ambil gambar sikit-sikit.

:: My daddy ::

:: Mak ngan adik saya ::

:: jom jalan.. ::
Sampai pun lambat. Minta maaf bebanyak ye. Lama menunggu. Sejam jugaklah diorang tunggu. Memang tak marah tapi dalam hati siapa tau. Sorry.. hehe

:: Perbincangan bermula ::
:: anak buah saya, Zahwan ::
:: Kakak-kakak ipar  dan mak ::




:: Fattah pun nak bergambar ::
Dah selesai bincang, apa lagi. makan le.. Bismillah..



Ni pulak hantaran balas dari pihak perempuan.











Sekarang ni nak prepare hantaran untuk nikah pulak. Huhu.. Ada lagi sebulan dari sekarang. Baju tema kenduri belum cari lagi. Saje la nak bertema-tema. haha..

Isnin, 28 Oktober 2013

KoNVokEsYen TAdiKA IdEalis 2013

Just nak share suasana majlis konvokesyen bebudak tadika ni ha..
:: aturcara majlis ::
Gambar tak berapa clear sebab suasana agak malap. Lagi pun tak pakai kamera canggih..(mulalah berangan nak beli kamera mahey ni). Lampu kat pentas pun ada masalah saat akhir. Tak nak idup plak.. huhu.. tapi tak kesahlah. Janji boleh nampak lagi. Tak gelap sepenuhnya.
:: pentas ::

:: parents yang hadir ::

:: Saje bagi Fattah makan supaya dia tak rebut hp dengan mama dia ::
Tambah seronok bila tengok kanak-kanak yang comel belaka berfesyen. Tak sabar nak tengok persembahan diorang.
:: cute ::

:: kawad masuk ::

:: Cawangan Saujana Putra pulak masuk. Team Superman ::

:: gaya budak sekolah rendah ::

:: Puteri cilik ::

:: Rambu ramba skirt dia ::

:: pegang tangan lagi u. Nasib baik tadika lagi ::

:: Team Superman dah nak start persembahan ::

:: Persembahan senamrobik ::
 
:: Anak mama punya turn. Fayha yang skirt merah putih. ::

:: Bebanyak sikit letak gambar dia.. hehe.. ::

:: Asyik la dia nak menjerit kat atas pentas. Tu dia tengah bagitau kawan dia, "mak awak kat sana tu..!"

Sempat juga saya ambil gambar dia dengan kengkawan dia. Bolehlah dia tengok balik bila dah besar nanti.

:: Ni kira bestfriend la ni..hehe ::

:: Happy je ::

:: Dia menengok persembahan orang lain lak lepas persembahan dia dah selesai. Tapi tu kawasan larangan tu Kak Long.. ::

:: Penat mama terjerit-jerit panggil dia suruh keluar tapi dia tak dengar sebab suasana bising sikit. ::

:: Ni pun kawasan larangan gak ::

:: Pengetua Idealis, Puan Fauziah Abdul nak ambil gambar anak murid ::

:: Peace.. ::

:: Lagi gambar dengan kawan. Ntah ape yang dia nak cakap tu ::

:: Barulah senyum ::
Dalam pukul 10 pagi,kami pun gerak nak balik. Malas nak tunggu lagi sebab persembahan dia dah habis. Tinggal penyerahan sijil murid 6 tahun. Lagi pun kami ada program lain pulak petang tu.
:: Fattah merengek, merayu nak ais krim. ::

:: Abah pun mengalah. Diorang batuk sikit tapi kesian punya pasal bagi la. Strategik tempat dia niaga.

:: Yang ni pun cute kan ::

:: Budak-budak superman pun nak aiskrim gak. ::

:: Jeling ape tu dik? ::

:: bergambar ngan abah ::

:: Dengan mama pulak ::

:: aik,ni pun nak amik gambar? Kak long suruh tangkap gambar aiskrim ::
Selesai sudah... Video konsert--> kena beli kat cikgu dia rm20. haha..