love live

love live

Khamis, 6 Disember 2012

InsyaAllah pindah Januari 2013..yess!

Alhamdulillah,syukur akhirnya dapat gak kunci daripada LBS. 
Kalau ikutkan bulan oktober dah boleh ambil kunci. Tapi disebabkan masalah antara pihak pemaju dengan bank, kami la yang jadi mangsa. Syukur dapat jugak selesai masalah.

:: Pelan Bandar Saujana Putra.. Ce cari yang mana satu rumah saya.. =P ::
:: Assalamualaikum.. ;) ::

:: Nak bercucuk tanam kat sini.. konon la.. ::
:: Pemandangan di sini akan berubah dalam masa 2 bulan ::




    
:: Da ready nak renovate.::
Dapat je kunci,terus kami jumpa kontraktor untuk di renovasikan. 
Rumah kami ni comey bebeno. Jadi dibesokan la sikit. 
Dengan duit yang dipinjam dari bank, dan dikumpulkan selama lebih kurang 2 tahun, kami nak besarkan ruang tamu dan dapur.
   
InsyaAllah tahun depan saya sekeluarga akan menjadi penduduk Bandar Saujana Putra.
Hari ni hari kedua renovate dijalankan. Semoga semuanya berjalan lancar. Tambah pulak sekarang ni musim hujan. Asal petang je hujankan. Asal hujan je petang..eh-eh! 
Kami target hujung bulan januari dah siap semua. 
Tak sabar!tak sabar!tak sabar! =P

Ahad ni nak tengok perkembangan renovate. Kalau ikutkan hati hari-hari nak gi tengok. 
Tapi mr hubby dah tengok semalam,ok la.

Anak yang sulung pun dah didaftarkan kat tadika Idealis. Dekat area BSP gak la. 
(Masa daftar, cikgu dia siap bagi majalah Pa&Ma free pasal ade page cite pasal Idealis BSP.. huhu..) Disebabkan faktor pindah hujung bulan Januari, jadi dia tak join la orientasi sekolah dia. 
Nak buat cam ne kan. Tapi takde masalah sume tu. Janji rumah siap. Hehe.. =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silakan... =)