love live

love live

Selasa, 18 Disember 2012

Selamat Ulang Tahun yang ke 5..

14 dis 2007 hari jumaat merupakan tarikh pernikahan kami. 
Alhamdulillah kami telah dikurniakan dua orang cahaya mata. 
Nur Fayha Damia,4 & Ahmad Fattah Mirza,2. Ala tomey-tomey..!
   
Macam-macam ragam budak 2 orang ni.. 
Suka memanjat. Kakak buat,adik pun follow.. 
Fayha memang pandai layan adik tapi kekadang terkasar le juge. Diorang suka main kete itik tu sesame. Kadang naik sorang,kadang naik berdua ataupun kakak naik adik tolak belakang sebab Fattah suka tolak kete tu.

Peace n love 4 eva.=P
Perkembangan renovation rumah, esok kami nak memilih jubin lak. 
Pilih untuk lantai dapur tapi belum muktamad lagi nak warna ape. Tengok esok je lah.  Untuk cerita seterusnya,kiter sambung lain kali ye. 
adios!

Selasa, 11 Disember 2012

Setengah jam sebelum balik

Hari ni isnin dan esok 11 dis cuti sempena keputeraan Sultan Selangor.
 Jadi ramai juga yang cuti hari ni. Saya bertugas sorang di kaunter. memang memenatkan bila takde orang nak jawab call. Yelahkan, memasing dah cuti, sape lak nak jawab call yang saya sambung.
Bila dah pukul 4.30 ni dah kurang call baru la boleh lega sikit. Nak bercerita ni pun kena ade mood... haha.
    
Semalam saya sekeluarga ke pasar di Stadium Shah Alam. Letih dan panas. Tambah pulak mendukung anak yang setahun tiga bulan,Ahmad Fattah Mirza. Dalam pukul 11 pagi,kami pun balik. 
Singgah sekejap di Bandar Saujana Putra. Nak tengok perkembangan rumah. 
Bukan main bersepah lagi...

:: bilik air asal dah pun dipecahkan dindingnya. Pastu tambah bahagian belakang untuk  dapur dan bilik air baru.  ::
:: pandangan ruang tamu dari arah dapur. (Sakit hati lak tengok rumah baru bersepah tapi haruslah begitu bila renovate) ::
:: Buat stor bawah tangga rm 1k.. erk! ::

:: tengoklah lantai yang kotor...harap x calar.. ::
:: tambah tepi..walaupun.... (sila isi sendiri tempat kosong..hehe) ::
:: Tingkap bilik air ::
:: Tingkap dapur ::
:: demikianlah.. ::
Macam tak puas je pulak upload gambar sikit. 
Tak pe,esok masih ada.. Esok lak upload.. haha..gelak lak. 
Masa tengok rumah ni mak,anjang n pak anjang dan ucu(Hafiz) ada sekali.
   
Jadual saya dan mr hubby memang padat la setiap kali cuti. 
Sempena cuti keputeraan Sultan Selangor ni, kami nak serbu kedai kainlah pulak.. nak borong kain langsir. Hujung-hujung tahun ni mesti ade sale. Tapi kadang sale tak kira waktu pun.
 Ikut diorang je kan bila nak buat. Nak warna ape ek... Nanti usha kedai dululah. Boleh bawak mak sekali. Alang-alang mak ada kat sinikan. 
So,adios.. peace!

Khamis, 6 Disember 2012

InsyaAllah pindah Januari 2013..yess!

Alhamdulillah,syukur akhirnya dapat gak kunci daripada LBS. 
Kalau ikutkan bulan oktober dah boleh ambil kunci. Tapi disebabkan masalah antara pihak pemaju dengan bank, kami la yang jadi mangsa. Syukur dapat jugak selesai masalah.

:: Pelan Bandar Saujana Putra.. Ce cari yang mana satu rumah saya.. =P ::
:: Assalamualaikum.. ;) ::

:: Nak bercucuk tanam kat sini.. konon la.. ::
:: Pemandangan di sini akan berubah dalam masa 2 bulan ::




    
:: Da ready nak renovate.::
Dapat je kunci,terus kami jumpa kontraktor untuk di renovasikan. 
Rumah kami ni comey bebeno. Jadi dibesokan la sikit. 
Dengan duit yang dipinjam dari bank, dan dikumpulkan selama lebih kurang 2 tahun, kami nak besarkan ruang tamu dan dapur.
   
InsyaAllah tahun depan saya sekeluarga akan menjadi penduduk Bandar Saujana Putra.
Hari ni hari kedua renovate dijalankan. Semoga semuanya berjalan lancar. Tambah pulak sekarang ni musim hujan. Asal petang je hujankan. Asal hujan je petang..eh-eh! 
Kami target hujung bulan januari dah siap semua. 
Tak sabar!tak sabar!tak sabar! =P

Ahad ni nak tengok perkembangan renovate. Kalau ikutkan hati hari-hari nak gi tengok. 
Tapi mr hubby dah tengok semalam,ok la.

Anak yang sulung pun dah didaftarkan kat tadika Idealis. Dekat area BSP gak la. 
(Masa daftar, cikgu dia siap bagi majalah Pa&Ma free pasal ade page cite pasal Idealis BSP.. huhu..) Disebabkan faktor pindah hujung bulan Januari, jadi dia tak join la orientasi sekolah dia. 
Nak buat cam ne kan. Tapi takde masalah sume tu. Janji rumah siap. Hehe.. =)



Rabu, 5 Disember 2012

mula melangkah

Bismillahhirrahmanirrahim..
langkah baru yang saya ambil hari ini iaitu mewujudkan blog untuk dimuatkan macam-macam cerita kami dan mungkin perkongsian ilmu. Semoga diri ini dan sesiapa yang membaca coretan saya akan berbahagia melalui hari-hari yang mendatang. 
Adios!