love live

love live

Isnin, 10 Mac 2014

maLAm APC DemeNsE 2014

Malam Gemerlapan katanye. Acara 21 feb yang lepas. Ate teman naik penteh le kome.. hehe..
APC stand for anugerah pekerja cemerlang. Disamping meraikan pekerja yang bakal bersara atau dah bersara, berpindah dan anugerah khas perkhidmatan cemerlang.

Tema acara tahun ni glamor & kontemporari. Haa, ape lagi.
Bergaya sakan member-member semua. haha..
Teman biase-biase je le..

:: Raptai dibuat petang jumaat. Yang best bila tengok saringan peserta karaoke. Ada yang sedap didengar. Ada gak yang kelakar. ::

:: selfie ::

:: Kad ::

:: menu malam ini ::

:: disinilah majlis kami. Hotel Bangi-Putrajaya a.k.a. hotel equatorial ::

:: Saje ::


 Malam yang ditunggu pun tiba. Tahun ni Dato' SUK,Dato' Khusrin tak datang apc sebab beberapa minggu yang lepas dia dah datang melawat opis sempena perhimpunan bulanan. 

:: Pegawai daerah, Dato' Mohd Amin dengan CADO, en. Suaidi menyampaikan sijil dan hadiah ::

:: Rezeki tahun ni, saya antara penerima anugerah khas perkhidmatan cemerlang. Dan bertuahnya saya bila nama naik dalam cabutan bertuah. Dapat set comforter. Alhamdulillah. ::

:: Antara yang melaram ::

Rabu, 5 Mac 2014

BaRBeku di poRt DicksON

Cuti tahun baru cina yang lepas punya program. 
Punyalah nak sampai awal supaya dapat port yang ok, pukul 7 pagi bertolak dari rumah mak anjang kat Taman Medan,pj. Sampai PD lebih kurang 8.45 pagi.

Yang bestnye masa bulan lepas, tengah musim sejuk. Malaysia dilanda fenomena kesejukan sampai ada pulak khabar angin kata Malaysia bakal bersalji. Dasyatkan. Punyalah sejuk.
Masa mula-mula sampai, menggigil jugaklah kena angin pantai. 

Anak-anak demam pulak. Sebelum mandi laut, bagi makan ubat dulu.
 Fattah tak sabar-sabar nak mandi. Nak mandi kolam katenye. 


:: Gaya budak comel ::

:: Kak Long demam.  Tonsil bengkak. Adik pun demam gak tapi tak teruk sangat ::


:: Anak dara kena bancuh air ::

:: Makan kuih muih dulu alas perut sebelum barbeku siap ::

:: Mak anjang, pak anjang, abah dan Mira ::

:: Makan-makan ::

:: Daebak!! ::
Disebabkan angin agak kuat, tak yah susah-susah kipas. Biarkan angin semulajadi yang menjalankan tugas jaga bara api bagi sentiasa menyala. Tengoklah ayam tu. Nyum,nyum..
Menu ada macam-macam, ada kuih-muih, ada nasi impit ngan kuah kacang, 
nasi putih ngan tom yam, bubur kacang hijau, tembikai dan lauk-lauk barbeku=ayam,ikan,sosej,daging, udang & sotong.

Dah puas mandi laut, perut pun dah kenyang, lebih kurang kul 5 petang, baliklah ke rumah. 
Memang best. Tengah fikir rancangan  untuk next family program pulak.

(owh..,takde pulak dalam simpanan gambar naik banana boat.
Yang best masa last landing masuk dalam air. huh, nak muntah telan air masin. haha)

fattaH yAng heNSem..

Suatu hari, datanglah mood baik Fattah nak pakai baju melayu.
Alkisah, baju melayu dia ada 2 pasang. Baju raya masa umur setahun ngan 2 thn.
Masing-masing baju tu pakai sekali masa raya tu je. Itu pun sekejap je pakai. Dia suruh bukak tukar t-shirt.

Jadi malam tu, menjadi malam bersejarahlah bila dia mintak pakai baju melayu.
Pakai sampai ke pagi. Tidur tak tukar baju.

Baju ni masa umur setahun. Beli saiz yang agak besar. Saiz 14. Tu je pun yang paling kecik ada kat kedai arked man tu. Muat lagi.

Mr. handsome..