love live

love live

Isnin, 10 Mac 2014

maLAm APC DemeNsE 2014

Malam Gemerlapan katanye. Acara 21 feb yang lepas. Ate teman naik penteh le kome.. hehe..
APC stand for anugerah pekerja cemerlang. Disamping meraikan pekerja yang bakal bersara atau dah bersara, berpindah dan anugerah khas perkhidmatan cemerlang.

Tema acara tahun ni glamor & kontemporari. Haa, ape lagi.
Bergaya sakan member-member semua. haha..
Teman biase-biase je le..

:: Raptai dibuat petang jumaat. Yang best bila tengok saringan peserta karaoke. Ada yang sedap didengar. Ada gak yang kelakar. ::

:: selfie ::

:: Kad ::

:: menu malam ini ::

:: disinilah majlis kami. Hotel Bangi-Putrajaya a.k.a. hotel equatorial ::

:: Saje ::


 Malam yang ditunggu pun tiba. Tahun ni Dato' SUK,Dato' Khusrin tak datang apc sebab beberapa minggu yang lepas dia dah datang melawat opis sempena perhimpunan bulanan. 

:: Pegawai daerah, Dato' Mohd Amin dengan CADO, en. Suaidi menyampaikan sijil dan hadiah ::

:: Rezeki tahun ni, saya antara penerima anugerah khas perkhidmatan cemerlang. Dan bertuahnya saya bila nama naik dalam cabutan bertuah. Dapat set comforter. Alhamdulillah. ::

:: Antara yang melaram ::

Rabu, 5 Mac 2014

BaRBeku di poRt DicksON

Cuti tahun baru cina yang lepas punya program. 
Punyalah nak sampai awal supaya dapat port yang ok, pukul 7 pagi bertolak dari rumah mak anjang kat Taman Medan,pj. Sampai PD lebih kurang 8.45 pagi.

Yang bestnye masa bulan lepas, tengah musim sejuk. Malaysia dilanda fenomena kesejukan sampai ada pulak khabar angin kata Malaysia bakal bersalji. Dasyatkan. Punyalah sejuk.
Masa mula-mula sampai, menggigil jugaklah kena angin pantai. 

Anak-anak demam pulak. Sebelum mandi laut, bagi makan ubat dulu.
 Fattah tak sabar-sabar nak mandi. Nak mandi kolam katenye. 


:: Gaya budak comel ::

:: Kak Long demam.  Tonsil bengkak. Adik pun demam gak tapi tak teruk sangat ::


:: Anak dara kena bancuh air ::

:: Makan kuih muih dulu alas perut sebelum barbeku siap ::

:: Mak anjang, pak anjang, abah dan Mira ::

:: Makan-makan ::

:: Daebak!! ::
Disebabkan angin agak kuat, tak yah susah-susah kipas. Biarkan angin semulajadi yang menjalankan tugas jaga bara api bagi sentiasa menyala. Tengoklah ayam tu. Nyum,nyum..
Menu ada macam-macam, ada kuih-muih, ada nasi impit ngan kuah kacang, 
nasi putih ngan tom yam, bubur kacang hijau, tembikai dan lauk-lauk barbeku=ayam,ikan,sosej,daging, udang & sotong.

Dah puas mandi laut, perut pun dah kenyang, lebih kurang kul 5 petang, baliklah ke rumah. 
Memang best. Tengah fikir rancangan  untuk next family program pulak.

(owh..,takde pulak dalam simpanan gambar naik banana boat.
Yang best masa last landing masuk dalam air. huh, nak muntah telan air masin. haha)

fattaH yAng heNSem..

Suatu hari, datanglah mood baik Fattah nak pakai baju melayu.
Alkisah, baju melayu dia ada 2 pasang. Baju raya masa umur setahun ngan 2 thn.
Masing-masing baju tu pakai sekali masa raya tu je. Itu pun sekejap je pakai. Dia suruh bukak tukar t-shirt.

Jadi malam tu, menjadi malam bersejarahlah bila dia mintak pakai baju melayu.
Pakai sampai ke pagi. Tidur tak tukar baju.

Baju ni masa umur setahun. Beli saiz yang agak besar. Saiz 14. Tu je pun yang paling kecik ada kat kedai arked man tu. Muat lagi.

Mr. handsome..







Selasa, 21 Januari 2014

BerARAk meNYAmbut hARi MAuliDurraSul 1435h/2014

Assalamualaikum.. Salam Maulidurrasul. 
Tahun pertama saya ikut perarakan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Perasaan = awesome!

Apa yang best sesangat tu??
Nyanyian selawat dialunkan beramai-ramai sepanjang berjalan dari Stadium Mini Shah Alam ke Stadium Melawati, walaupun agak termengah-mengah (jauh berjalan, turun 1kg. haha!).
Jadinya, sambil beramal sambil bersenam.
Bak kata Prof Izi--Renung-renungkan dan selamat beramal..
 
:: Posing dulu sebelum masuk barisan ::

:: Semangat! Semangat! Kami dapat tempat kedua dalam kategori sepanduk terbaik. ::

:: Masuk dewan Stadium Melawati, Shah Alam ::

:: peace yo! ::

:: Bacaan ayat suci Al-quran dan persembahan nasyid. Artis yg join Hijjaz & Hafiz Hamidon. Yang lain, saya tak kenal. Ada satu slot mengenai bahaya ajaran sesat terutama yang tengah hot sekarang Syiah. Akhir persembahan, semua sekali bangun dan berselawat. ::

:: Lastly, penyampaian hadiah dan penghargaan kepada tokoh-tokoh yang berjasa. Nampak tak piala yang kami dapat tu...hehe..

:: On the way nak balik. Ambik gambar suka suki dalam van. Owh, tengoklah muka saya yang membolat ituuu ::

:: They're my friend.. ::
Penat tapi masih happy.
Saya cinta Nabi Muhammad S.A.W.

Jom selawat banyak-banyak! Semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak.

Isnin, 13 Januari 2014

kisAH 3 ekOR aNak kUCing~~

Cakk..! Ala comey-comey..
Tengok la apa ada bawah meja...


Pagi jumaat yang lepas, memang memeranjatkan bila nampak anak-anak kucing ni kat bawah meja kaunter saya..
Kebetulan kotak putih tu memang ada kat situ. 
Pandai ibu kucing tu cari port.
Sebenarnya, dia selongkar juga kabinet saya yang tak berpintu. Cari port.
Habis jatuh berterabur buku-buku novel ku..
Dia cuma cari tempat berlindung.

Bukan senang dia nak bawak 3 ekor anak dia masuk dalam kaunter.
Dia kena panjat meja kaunter pastu masuk ikut lubang pertanyaan.
Dia tinggalkan anak-anak dia kat situ. Yang dia nya tak taulah ke mana.

Bayangkan la dari pagi sampai ke petang, anak-anak kucing ni langsung tak mengiau.
Diorang tido je. Sesekali je dengar bunyi diorang gerak-gerak alih tempat tido.

Entahlah, sepanjang saya hidup ni. Belum pernah lagi saya jumpa dengan anak-anak kucing sebaik ni. 
Baik giler!
Langsung tak mencari ibunya. Macam langsung tak lapar, tak dahaga. 
Huu..rase kesian pulak.

Sebelum balik petang tu saya bawa kotak putih tu keluar dekat pintu. Siap pesan kat security guard supaya tengok-tengokkan kucing tu..

On the way masa drive balik asyik-asyik teringat keselamatan diorang. 

Alhamdulillah, datang keje pagi tadi, saya dimaklumkan anak-anak kucing tu selamat dengan ibunya kat port yang lain.

:: lena diulit mimpi ::
Harap mereka selamat sentiasa =)

Khamis, 2 Januari 2014

FaYHA..BacK To SChooL..


Inilah harinya Fayha start blaja secara rasmi di Tadika Islam Nur Haziq.
Comel je...
Tudung kena adjust sikit.
Pagi tadi cari pembaris dia tapi tak jumpa pulak. Salah mama tak prepare awal-awal.
Sibuk dengan kenduri semua. hehe

Kak Long belaja pandai-pandai ye. Tahun ni kena pandai membaca.
Dah 6 tahunkan. Lagi setahun nak masuk darjah satu. =)

kenDuRi KahwIN di HuTan MeLIntang

Kalau minggu sudah kita cerita kat Bangi. Kali ni di kampungku pula.
Hutan Melintang, Perak.
Alkisah kali ni saya nak buat bunga telur sikit. Memang dah ada yang beli siap.
Saje la nak menambah-nambah. Buat pun simple. 

Gambar pun tak banyak yang saya ambil. Busy ckit jadi orang kanan mak. 
Saya sampai kampung malam sabtu. Buat sikit je kerja-kerja malam tu sebab mengantuk. Esoknye baru sambung sampai la majlis start hari ahad.

:: pengantin sampai 12.45 tgh hari dengan baju biru ::

:: Bunga yang kugubah ::

:: Flower girl katenye ::

:: nilah dia hasil idea kami.. done at 3 am..kot. Saya pun tak tengok jam masa siap. Last tengok dah kul 2.30 pagi. ::

:: Lampu bertukar kaler je daya penarik ::

:: Merah pulak ::





Terima kasih kepada yang membantu dari segi tenaga mahupun wang ringgit.
Success!

Yang seronoknya lama duduk di kampung. Puas la makan macam-macam dari pagi ke malam.
Lauk kenduri yang tak habis pun terpaksalah kami hadap beberapa kali..hehe.

hAntaran pERnikAhan AhMAd fiKRi

Syukur ke hadrat Ilahi. Majlis pernikahan dan kenduri pengantin sebelah pihak perempuan dah pun selesai. Yang saya terlebih excited, hantaran berjaya juga digubah dengan agak cun.. haha..
(perasaAn la sangat!)

cer tengok..

:: Siap sepenuhnya pada 22 dis 2013 jam 4.00 pagi.. ::
Semua sekali dari pihak lelaki ada 5 dulang. Jom tengok satu persatu..dari beberapa sudut berbeza.. hehe. Tu yang banyak gambarnye. Saje amik gambar bebanyak.

1- jam tangan



2-Losyen & Minyak wangi




3- Telekung




4- Beg Tangan





5-Duit mas kahwin, cincin & rantai tangan










Akhir sekali, buah tangan daripada kami, bunga telur.
Sebagai tambahan je.


Masa dah siap tu rasa lega sangat. Macam biasa, adik perempuan saya jadi assistant tak bergaji.
Sama-sama tak tidur siapkan hantaran.
Tidur ada dalam 2 jam, pastu dah siap-siap nak ke
Seksyen 7,Bandar Baru Bangi.
Majlis akad nikah akan diadakan pukul 10 pagi.

:: Fayha suruh ambil gambar dia bergaya dengan kasut baru ::

:: menyengih ::

:: Menyengih lagi ::

:: Senyum sokmo ::

:: En suami ::

:: Sesudah sah, saling tukar sarung cincin ::

:: Pengapit pengantin yang juga merupakan kawan pengantin lelaki bersama abah pengantin lelaki ::


Dah selamat diijabqabul. Alhamdulillah. Masa hari tu kebetulan surau takde elektrik pulak.
Mujur tak panas sangat. Masih ok la.
Sekarang kita tengok hantaran balas daripada pihak perempuan.












:: anak beranak sama tema.hehe ::

:: Bersanding ::
Selesai di satu pihak. Pihak kami lagi seminggu. Kena bukak entri lain ye.