love live

love live

Khamis, 21 November 2013

brOTher YAntZen in da houz!

Assalamualaikum.. saya bukanlah tau sangat siapa Yantzen ni. haha.. 
Saje suka-suka nak amik gambar dengan dia.

Baru je jumpa pagi tadi.
Petang semalam, dia dah datang. Tapi disebabkan kaunter pendaftaran dah tutup, dia terpaksa datang lagi. Bila dah jumpa kali kedua, ambik la peluang
bergambo..

:: me & brother Yantzen ::

Saya panggil dia encik je sebab saya memang skema bila kat kat tempat keje ni. hehe..
Bila saya kata nak bergambar dengan dia, 
dia kata, " eh,saya bukan sesapa". Merendah diri le pulak..
Saya pun berdiri jauh je kan?  Haha..

Kalau ikutkan memang dia bukan sesapa pun. Manusia biasa. Cuma dia famous sebab artis. Bukan nak dijadikan idola, ye. 

Pe pun, dia memang sempoi. Biasalah, rockers kan. 

** Kalau dia rambut pendek sikit mesti lagi smart.. hehe  ^^, **

Biodata Yantzen.. Saya ambil dari www.muzikrock.com.


YANTZEN
(Rock)
BIODATA NAMA Yantzen bin Juniwan
ASAL Singapura
LAHIR 1963
KERJAYA Penyanyi kumpulan Rusty Blade & MAY, Penyanyi solo, Penulis senikata
KELUARGA Berkahwin dengan pelakon Sharifah Norhaslinda (1994-2004) dan dikurniakan cahaya mata Muhammad Aliff Ronan (1999)
PENCAPAIAN -

ALBUM SOLO Impian (1994)
ALBUM RUSTY BLADE 786 Ikrar Perwira EP (1986)
Rintangan Hidup Dunia (1987)
Berat (1988)
Awas! (1989)
ALBUM MAY Ziet Geist (1992)
Wira Cyborg (1994)
Layar (1995)
Ideologi (1995)
Live & Unplugged at Planet '05 (2005)
LAGU SINGLE Bazooka Penaka (1994 / album Wings - Opera Dalam Kenangan Part 1)
Misteri Mimpi Syakila (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Sebak (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Meniti Suratan, versi baru (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Awang Thrasher (1999 / kompilasi Dentuman R.O.C.K)
Selendang Merdeka (1999 / kompilasi Dentuman R.O.C.K)
LAGU DUET Gerimis Mengundang, bersama Liza Hanim (1997 / kompilasi Metal Rock Fever)
Mentari Merah Di Ufuk Timur, bersama Jatt (1999 / kompilasi Dentuman R.O.C.K)
VIDEO CD Semangat Zaman Live In Singapore - Pelbagai Artis (2005)
Live & Unplugged at Planet '05, bersama MAY (2005)
Live & Unplugged at Planet Hollywood '06, bersama Lefthanded (2006)

FILEM Penyu (1994 / pelakon utama)

Rabu, 20 November 2013

RM20, untuk Syria

Apa perasaan saya dikala ini. Huh! sangat mengantuk. Duduk mengadap notebook..sama macam kita duduk membaca majalah atau novel. Lama-lama mata makin kuyu... Haha.

Jadi, bagi hilangkan ngantuk ni, apa kata saya share sikit maklumat daripada Pertubuhan Syria Care Malaysia. Boleh tengok kat fb +SYRIA CARE . Sekarang ni mereka tengah kumpul dana untuk didermakan kepada mangsa-mangsa perang di Syria. Memang sepanjang tahun boleh menderma. Tapi yang sekarang ni, dari tarikh 20 nov hingga 4 dis 2013, Syria Care tengah berkempen. Just derma serendah rm20 je. Apa la sangat kan bagi kita yang majoriti bergaji tetap setiap bulan,kan..kan..

Syria Care akan memulakan satu projek baru yang akan berlangsung hanya selama 2 minggu sahaja. (20 Nov-4 Dec). Program yang dinamakan RM20, Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Mereka bertujuan untuk mengutip derma sebanyak RM20 bagi menampung sebuah keluarga para syuhada di Syria.


Comel je tengok budak ni kan. Tapi saya tau dia sangat menderita. Ramai yang tengah kelaparan dan kesejukan. Tambah lak musim sejuk. Cian diorg. Dengan perang yang tak nampak kesudahan. Sedih...T_T.. Jom sama-sama bantu..
 
Ni saya copy paste dari fb +SYRIA CARE . Bolehla tengok fb nya nanti.

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:
1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900

2) No 37 A, Jalan 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
*Ustaz Rosli Mokhtar 0192773912

Jangan malu-malu.. boleh transfer duit kat akaun tu. Sokonglah kempen ni. Gaji dah nak masuk minggu depan. Semoga dapat membantu walau sikit. Ye uollzz..

Assalamualaikum.
.

Selasa, 19 November 2013

haNtaraN meMInanG

Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat sudah berlangsung majlis pertunangan adik lelaki saya 2 minggu lepas.

Excited lebih sebab dah berjaya gubah hantaran. hahaha..













:: Kek Indulgence.. sedapnye.. ::

Semua sekali dari pihak lelaki ada 7 dulang. Bila semua dah kumpul, sebelum nak gerak ke rumah bakal tunangnya, sempat la ambil gambar sikit-sikit.

:: My daddy ::

:: Mak ngan adik saya ::

:: jom jalan.. ::
Sampai pun lambat. Minta maaf bebanyak ye. Lama menunggu. Sejam jugaklah diorang tunggu. Memang tak marah tapi dalam hati siapa tau. Sorry.. hehe

:: Perbincangan bermula ::
:: anak buah saya, Zahwan ::
:: Kakak-kakak ipar  dan mak ::




:: Fattah pun nak bergambar ::
Dah selesai bincang, apa lagi. makan le.. Bismillah..



Ni pulak hantaran balas dari pihak perempuan.











Sekarang ni nak prepare hantaran untuk nikah pulak. Huhu.. Ada lagi sebulan dari sekarang. Baju tema kenduri belum cari lagi. Saje la nak bertema-tema. haha..