Salam..
Selama 4 hari exam last year tadika Idealis berlangsung. Bermula 7 okt (isnin) hingga 10 okt (khamis). Nak exam tu, mama ngan abah bukak buku latihan dia je. Study balik soalan dan jawapan. Mesti cikgu dia pusing-pusing soalan dari buku latihan jugakkan.. agak jelah.
Setiap petang bila ambil Fayha dari sekolah, saya mesti tanya. "Macam mana jawab soalan tadi? Susah ke senang?". Dan dia mesti kata,"Senang je,mama.." Aduss...ntah ye ntah tidak.
Hari last exam, ujian lisan. Lisan bacaan ngan lisan doa. Petang tu, lepas balik rumah dia cerita. "Cikgu suruh baca doa. Tapi kak long banyak yang tak ingat.." Ermm..
11 okt (jumaat), ibu atau bapa kena datang untuk sain report card. Saya dah berdebar-debar dah malam tu. Membayangkan keputusan dia. Tambah-tambah bila dia cerita pasal ujian bacaan doa dia tu. Harap-harap tak teruk sangat.
|
:: Sarapan pagi disediakan :: |
|
:: Makan bihun goreng :: |
|
:: Ada parents yang bertanya pasal perkembangan anak lepas sain kad. Yang saya pulak, lepas sain terus gi makan. Dah kenyang baru jumpa guru kelas Fayha yang bertugas menjadi penyambut tetamu hari tu. :: |
|
:: Malu-malu pulak kak long. :: |
|
:: Report card kak long :: |
|
:: Ada peningkatan :: |
|
:: Tadaa.... mama tak sangka kak long nombor 4 :: |
|
:: Tengoklah dia tulis nama dia. Nur Fayha Damia. :: |
|
:: Tahniah kepada semua anak-anak.Usaha lagi gigih tahun depan. :: |
|
:: Anak-anak yang dapat tempat pertama,kedua,ketiga :: |
Lepas selesai jumpa cikgu dia, saya pun kembali ke opis dengan hati girang. Well done my princess. Cuti sekolah nanti kita buat latihan sama-sama ye..