Salam khamis. Lama cuti sampai hari selasa sebab ada perayaan chinese new year.
Pastu tambah lagi sehari sebab bawak Fattah check up semalam kat KK Seri Kembangan. Syok woo dapat rest lama. Memang diperlukan sangat!
Sejak duk rumah baru ni setiap hari kat tempat keje rasa ngantuk dan letih. Mungkin kekurangan vitamin atau memang letih. Tu baru sorang tadika. Keluar nak gi keje pun lambat gak. 7.30 lebih-lebih sikit baru nak gerak dari tadika/taska diorang.
Bawak kereta bukan main sedap tekan minyak. Tambah lak dari tol SKVE ke tol Ayer Itam tu kereta tak banyak. Bila dah lepas tol, baru la slow sikit sebab kereta dah banyak dari arah Puchong/Seri Kembangan. Sampai opis ngam-ngam 8.
Cuti 4 hari ni kami sekeluarga tak balik kampung. Cuti di rumah saje. Kemas apa yang patut. Sambil makan limau yang ada 2 kotak kat rumah.
Atas beberapa faktor yang malas nak dinyatakan di sini, kami putuskan tak balik kampung.
Ada gak pegi Mydin USJ. Saja cuci mata. Sekejap je pun. Selebihnya duk umah saje. Walaubagaimanapun, tak banyak mana sesi mengemasnya. huhu..
|
:: Our home :: |
Sebenarnya kami dah buat kenduri kesyukuran masa hari ketiga kami pindah.
Mak mertua nak tolong jadi ketua chefnya. Terima kasih mak. Terima kasih juga kepada semua yang membantu. Jasa baik anda semua sangat-sangat dihargai.
Kepada adik saya, Nasri yang datang dari perak dan tolong kami berkemas dari rumah sewa kami yang dulu tu (sebelum pindah), lepas tu stay lagi dengan kami selama seminggu sebab suami susah nak bergerak lepas jatuh motor (lepas pindah).
Kemudian kepada adik ipar, Lynn yang tolong beli barang-barang kenduri.
Yong Aini dan kak Am yang bagi pinjam pinggan dan peralatan memasak.
Kepada abang Rahmat, Zaki, Hafiz, abah dan anak-anak buah yang tolong angkat almari/mesin basuh/mesin jahit dll. Allah saja yang dapat membalasnya.
Juga kepada keluarga dan jiran yang datang kenduri kami. Ada juga yang bawa kuih-muih dan buah iaitu Anjang dan mak saya sendiri. Lagi....kepada semualah. Kalau tak mention kat sini, jangan mare.
Ada juga seorang insan yang terasa hati dan marah kepada kami atas kesilapan yang memang small matter, tapi....biarlah. (Bak kata orang, ade ku kesah!? Orang kata. bukan saya kata). Peace, no war!
Tengok gambar lagi baik. Hehe..
|
:: Bacaan Yaasin diketuai oleh Pak Lang :: |
|
:: 3 dara pingitan :: |
|
:: Sesi rehat :: |
|
:: Sesi urutan :: |
|
:: Sesi main dengan berkaki ayam :: |
|
:: Sesi memanjat :: |
Syukur semua berjalan lancar. Gambar terbaru rumah memang sengaja tak nak letak lagi sebab rumah bersepah la..haha. Orait. C u next time.